Ahad, 16 Oktober 2011

Makkah al-Mukarramah - Kelebihan & Sejarah

Assalamualaikum semua,

Buku yang akan dikupas kali ini adalah :

Tajuk         : Makkah al-Mukarramah - Kelebihan & Sejarah
Pengarang  : Abd Basit Abd Rahman
Terbitan     : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga        : Sem Malaysia : RM 30.00
Helaian      : 222 mukasurat

Makkah al - Mukarramah : Sejarah dan Kelebihannya, seperti buku yang telah dikupas sebelum ini iaitu Madinah Munawwarah, Makkah juga merupakan tanah haram . Di doakan keberkatannya oleh Nabi Ibrahim Alaihi salam.

Antara hadis yang berkaitan adalah  maksudnya : Daripada Ibn Abbas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda pada hari pembukaan kota Makkah, Sesungguhnya negeri Makkah ini telah dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai Tanah Haram pada hari Dia menciptakan langit dan bumi, Makkah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak dibenarkan berperang di Makkah kepada sesiapapun sebelumku, dan tidak dibenarkan kepadaku kecuali berberapa masa sahaja (pada hari pembukaan kota Makkah tahun ke 8 H). Makkah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak boleh memotong pohon, tidak boleh menangkap binatang perburuan (yang hidup bebas) tidak boleh mengambil barang yang tercicir kecuali mereka yang mahu mengumumkan kepada orang ramai dan tidak boleh mengerat rumput di Makkah. "Kata Al_Abbas (bapa saudara Rasulullah) : Kecuali Izkhir (sejenis tumbuhan yang haram baunya) untuk dibuat bahan bakar kepada tukang besi dan dibuat atap rumah. 

Nabi Ibrahim juga mengisytiharkan Tanah Haram Makkah seperti sabda Nabi yang maksudnya : Daripada Abdullah bin Zaid r.a Nabi saw bersabda "sesungguhnya Nabi Ibrahim telah mengharamkan Makkah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Makkah dan aku berdoa untuk keberkatan cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim ra berdoa untuk Makkah."

Di Makkah juga terdapat telaga Zam Zam yang mana airnya tidak pernah kering dan dapat menghilangkan dahaga berjuta-juta umat Islam yang datang bertandang ke Makkah sewaktu mengerjakan Haji dan Umrah. Air yang dikatakan air terbaik di dunia dan dapat menyembuhkan penyakit dengan izin Allah.  Ia juga merupakan mata air syurga.

Di Makkah juga terdapat Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam seluruh dunia. Juga diterangkan bagaimana Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Kaabah berada di tengah-tengah Masjidil Haram. Terdapat juga makam Ibrahim, Hijr Ismail dan juga Hajarulaswad. Multazam tempat yang makbul. Rasanya rakan-rakan tentu lebih arif berhubung sejarah pembukaan Makkah dan kelebihan Makkah ini .

Buku ini banyak mencatitkan kelebihan Makkah dan tempat-tempat bersejarah selain dari Masjidil Haram iaitu tempat-tempat yang berdekatan seperti bukit Safa dan bukit Marwah. Bacalah buku ini dan dapatkan dikedai-kedai berhampiran. Insya Allah kita akan rasa kebesaran Allah dan rasa rindu nak ke sana. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan