Tajuk : Nikmatkah Maksiat?
Pengarang : Drs Hj Hanafi Mohamed / Hjh Siti Zaimah Ab Rahman
Terbitan : Karya Bestari
Harga : Sem. Malaysia : RM 12.00
Halaman :
Nikmatkah Maksiat merupakan buku yang mengupas Dosa 10 anggota tubuh kita yang dipandang remeh. Merupakan salah satu buku yang menjadi "Best Seller" sarat dengan nasihat dan tunjukajar bagi kita yang jahil dan memerlukan panduan.
Di dalam buku ini, ia menceritakan berhubung konsep dosa dalam islam, pengertian dosa dan akibatnya serta sebab-sebab kita melakukan dosa.
Antara sebab kita melakukan dosa adalah kerana jahil hukum agama , lemahnya iman, keras hati dan kurang penghayatan terhadap dakwah Islam, kurangnya didikan agama yang sempurna, pengaruh budaya dan peradaban barat, lupa terhadap matlamat manusia sebagai manusia, manusia lupa akan tugas dan kewajipan kepada Allah SWT, putus asa daripada rahmat Allah SWT serta tidak pandai memanfaatkan masa dengan perkara kebajikan.
Dosa sepuluh anggota adalah :
1. Dosa Akal - iaitu terpedaya denga kehidupan duniawi, terpengaruh denga budaya hidup kafir, kufur terhadap Allah SWT, mengkhianati amanah Allah SWT dan RasulNya, mengangkat orang kafir menjadi pemimpin, memutuskan hubungan silaturahim dan tidak mengamalkan amar ma'ruf dan nahi mungkar.
2. Dosa Mata - iaitu melihat aurat wanita, menyaksikan pesta, konsert atau program hiburan yang melalaikan, menonton filem, video, CD atau VCD lucah dan melihat orang berjudi.
3. Dosa Lidah atau Mulut - iaitu berdusta, mungkir janji, mengumpat, menyebarkan fitnah, memaki hamun, mengkafirkan sesama muslim, menghina sahabat Rasulullah SAW, suka berbantah sesama muslim, membuka rahsia orang lain, mengucapkan sumpah palsu, memanggil seseorang dengan gelaran buruk yang tidak disukainya, menuduh perempuan baik berzina , mengungkit-ungkit pemberian, derhaka kepada ibu bapa, menyanyi lagu-lagu yang bertentengan dengan syarak dan merokok.
4. Dosa Telinga - iaitu tidak mendengar peringatan Allah SWT, suka mendengar lagu atau nyanyian yang melalaikan, tidak menyahut seruhan azan dan mendengar fitnah atau mengadu domba.
5. Dosa Tangan - iaitu seperti mencuri, merompak atau meragut, membunuh atau bunuh diri, mengukir dan melukis gambar manusia atau haiwan, enggan mengeluarkan zakat, melakukan rasuah, merosakkan harta kemudahan awam, merosakkan atau mencemari alam sekitar dan menipu dalam urusan jual beli.
6. Dosa Kaki - iaitu mengunjungi tempat maksiat, menjauhi majlis ilmu, enggan mengerjakan ibadat haji, melarikan diri daripada peperangan dan meninggalkan solat Jumaat.
7. Dosa Perut - iaitu makan harta riba, mekan harta anak yatim, menum arak dan hisap dadah serta makan terlalu kenyang atau banyak.
8. Dosa Faraj atau Kemaluan - iaitu zina , liwat atau musahaqah dan onani.
9. Dosa Tubuh Badan - iaitu mendedahkan aurat, memakai pakaian berlainan jantina, memakai pakaian menyerupai orang kafir , bertatu, menyambung rambut, mencabut , mencukur, menipis atau mengukir alis serta pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.
10. Dosa Hati - iaitu riak, hasad dengki, sombong, ujub atau bangga diri, bakhil, putus asa, benci sesama muslim dan munafik (nifak).
Demikianlah serba sederhana mengenai dosa yang dilakukan oleh anggota tubuh kita samada secara sengaja ataupun tidak. Oleh itu kita mestilah sentiasa bermuhasabah diri, menghitung kembali sejauh mana amalan kebajikan dan dosa kemungkaran yan telah kita lakukan selama hayat.
Seperti yang kita ketahui, setiap insan tidak pasti dapat lari daripada melakukan kesilapan. Manakala sebaik-baik insan yang melakukan kesilapan dan dosa itu adalah mereka yang segera bertaubat, memohon keampunan daripada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
" Setiap anak Adam (manusia) pasti akan melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah bertaubat"
Taubat yang paling sempurna adalah taubat nasuha iaitu taubat yang penuh keikhlasan, penyesalan disamping berazam tidak akan mengulangi dosa-dosa lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun bagi setiap insan yang ingin bertaubat dan bersungguh-sungguh mengharapkan keredhaanNya .
Untuk renungan semua sahabat. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan