Ahad, 30 Oktober 2011

DOSA & MAKSIAT : Kesan Terhadap Ibadah & Kehidupan

Assalamualaikum rakan-rakan semua,

Buku seterusnya yang akan dikongsi adalah :

Tajuk        : DOSA & MAKSIAT : Kesan Terhadap Ibadah & Kehidupan
Pengarang :  Jaafar Salleh
Terbitan    :  Pustaka Ilmuan
Harga       : RM 15.00
Helaian     : 209 mukasurat


Sabda Rasulullah saw , maksudnya :
"Sesungguhnya apabila hampir dengan hari kiamat, akan terjadi berberapa fitnah bagaikan potongan malam yang gelap, ketika itu seorang lelaki beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petangnya atau waktu petangnya beriman, esoknya menjadi kafir semula, ia menjual (menggadai) agama (iman) dengan kesenangan (keuntungan dunia) yang sedikit." (Riwayat Tirmizi)

Kesan dosa dan maksiat terhadap peribadi, masyarakat dan negara.
1. Dosa menghalang ilmu pengetahuan
2. Dosa menghalang rezeki
3. Dosa menjauhkan jarak dengan Allah.
4. Dosa menjauhkan seseorang dengan orang lain.
5. Dosa menyulitkan urusan hidup.
6. Dosa menggelapkan hati
7. Dosa melemahkan jiwa dan fizikal
8. Dosa menghalang ketaatan.
9. Dosa boleh memendekkan umur dan menghapuskan keberkatan hidup.
10. Dosa menumbuhkan maksiat lain
11. Dosa mematikan hati nurani untuk insaf
12. Dosa menghilangkan keburukan maksiat itu sendiri.
13.  Dosa warisan umat yang pernah diazab
14. Dosa menyebabkan kehinaan.
15. Dosa dianggap remeh untuk dilakukan
16. Dosa mengakibatkan penderitaan makhluk lain.
17. Dosa mewariskan kehinaan.
18.Dosa merosakkan akal.
19. Dosa menutup hati
20. Dosa dilaknat Rasulullah saw.
21. Dosa menghijab syafaat rasul dan doa malaikat.
22. Dosa menghilangkan malu.
23. Orang yang melakukan dosa akan menambahkan dan memandang rendah ALLAH.
24. Maksiat memalingkan perhatian ALLAH.
25. Dosa menghapuskan nikmat dan mengundang azab.

Dosa Kecil dan Dosa Besar
Surah An-Nisa : 31
"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar diantara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya kami hapuskan kesalahan-kesalahan kamu (dosa-dosa yang kecil) dan kami msukkan kamu ke tempat yang mulia"

Dosa-dosa besar dapat terampun dengan terubat dan dosa-dosa kecil dapat terampun dengan melakukan solat dan amalan-amalan lain sebagaimana yang tersebut di atas dan yang adijelaskan selanjutnya secara terperinci.

Di dalam buku ini mencatatkan pelbagai dosa-dosa kecil yang perlu kita hindari. Antara dosa-dosa kecil adalah melihat perkara yang tidak dibolehkan lihat, banyak bercakap, banyak bersumpah, membuang air meata-rata dan macam-macam lagi. Kebanyakan dosa-dosa kecil ini ada yang kita sedari dan ada yang tidak.

Begitu juga dengan dosa-dosa besar terdapat pelbagai dosa yang dikategorikan sebagai dosa besar seperti mensyirikkan ALLAH, riak, membunuh, sihir, meninggalkan solat dan lain-lain lagi.

Cara-cara Menghapuskan Dosa Dan Maksiat.
Syarat-syarat taubat adalah :
1. Hendaklah ia sedar akan keburukan dosa
2. Hendaklah ia sedar betapa berat hukuman ALLAH dan murkaNya yang pasti tidak akan sanggup dipikulnya.
3. Hendaklah ia sedar betapa lemah dirinya dan tidak akan mampu untuk mengelak daripada hukuman.
4. Hendaklah ada penyesalan yang teramat besar memenuhi hatinya, sebagai pendorong utama untuk taubat.

Taubat perlu dilakukan segera kerana jika datang sakit yang terfikir hanya pengubatan diri, kalau pun datang jug fikiran untuk bertaubat,taubatnya sudah tidak punya erti lagi kerana kesempatan untuk membuktikan bahawa ia benar-benar sudah menjauhkan diri dari perbuatan dosa itu sudah tidak ada lagi kerana ajalnya sudah tiba dan hidupnya sudah mula berakhir, sudah sampai di penghujung umur.

Sama-sama kita renungkan wahai sahabat-sahabatku sekelian. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan