Ahad, 23 Oktober 2011

Novel 3 : Sebelum Nafas Terhenti

Assalamualaikum rakan-rakan yang dihormati,

Untuk koleksi novel yang penulis nak berkongsi pada kali ini adalah sebuah novel islamik jugak yang bertajuk

Tajuk             :  Sebelum Nafas Terhenti
Pengarang      :  Juriah Ishak
Terbitan         :  Alaf 21
Harga            :  RM 21.00
Halaman        : 564   mukasurat

Novel ini mengisahkan seorang gadis lepasan SPM dari keluarga miskin. Ditinggalkan oleh ayahnya selepas ibunya didapati mengidap sakit TB dan dialah yang menyara adik2nya seramai 5 orang .

Nurlisa nama sigadis ini, bekerja siang dan malam mencari rezeki untuk keluarga mereka. Takdir ALLAH menentukan beliau kemalangan dan cacat dibahagian kaki menjadikannya gadis tempang. Tidak mengenal erti kekecewaan dan putus asa, diterima takdir ALLAH dengan redha.

Nurlisa diterima bekerja di rumah seorang Datin yang sangat baik untuk menjaga anak lelakinya yang mengalami tekanan perasaan akibat kehilangan isterinya yang baru dinikahi selama dua bulan. Aldi yang kehilangan isteri juga kehilangan upaya berjalan dan sentiasa di dalam kedukaan dan menyalahkan takdir di atas segala yang berlaku.

Nurlisa bagaikan menjadi inspirasi buat beliau untuk kembali bersemangat dan pulih seperti dahulu. Menaruh hati pada si gadis yang lemah lembut dan cekal hati, dia juga menyimpan hasrat untuk memperisterikan Nurlisa tetapi ditentang oleh si Ayah, Datuk Haris. Sekembalinya dari luar negara kerana menghabiskan sisa-sisa pembelajarannya yang tertinggal akibat kemalangan dia mencari Nurlisa tetapi Nurlisa telah berhenti kerja.

Pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam usaha beliau untuk mengambil Nurlisa sebagai suri hidupnya dan bila dia telah ketemu, Nurlisa pula disahkan mengidap sakit yang membawa maut, dia pasrah dan ......... aha... penulis tak nak citer lelebih... korang kalau nak tau korang bacalah sendiri yer....

Citer dia okayla.... tapi penulis tak lah sampai masuk di dalam citer ni jadi waktu membaca novel ini, tak derla sampai mengeluarkan air mata....... hadoiiii.............. so, tunggu apa lagik..... pegilah dapatkan novel ini yer..... banyak ada kat kedai buku..... dia tak lah jiwang sangat , tapi islamik sikit.... no hal... anak2 pun boleh baca.... ok dah..........

1 ulasan:

  1. terima kasihlah kerana sudi membaca dan sudi mengulas novel ini....banyak cabaran yang harus ditempuhi untuk menghasilkan sesebuah karya..

    novel ini sememangnya digarap dengan cara yang paling sederhana..bahasanya mudah difahami..tidak membebankan fikiran..

    mudahan mesej yang ingin disampaikan oleh penulis tercapai...

    terima kasih sekali lagi...

    BalasPadam