Tajuk : Armagedon 2012 : Bencana Akhir Zaman
Pengarang : Muhammad Alexander
Terbitan : PTS Islamika
Harga : Sem. Malaysia : RM 31.50 / Sab & Sar : RM 34.50
Helaian : 557 mukasurat
"Maka tunggulah hari ketika langit membawa asap yang nyata yang meliputi seluruh manusia. Inilah azab yang pedih. (surah ad-Dukhan, ayat 10-11)
Buku ini memang berat, maksud penulis bukanlah berat sebab tebal ke, tapi berat iaitu memerlukan kita berfikir. Sarat dengan kajian dan analisa oleh penulisnya Mohamad Alexander. Satu kajian yang sangat terperinci menceritakan tentang tanda-tanda kiamat.
Penulis sangat berminat dengan kajian beliau walaupun kekadang agak pening gak nak memahamkan ayat-ayat dan cerita yang dibuat. Bukan rekaan tapi kajian yang sangat rapi. Bermula dari tarikh kiamat yang dijangkakan. (walaupun kita sebagai umat Islam percaya yang kiamat pasti berlaku tetapi itu semua hanya Allah yang Maha Mengetahui).
10 tanda kiamat adalah kedatangan Dajal yang berkuasa dibumi selama 40 tahun, kemudian datangnya asap tebal yang menyeliputi dunia. Turunnya Nabi Isa untuk menghapuskan Dajjal. Yakjuj dan Makjuj muncul semula. Matahari terbit dari Barat dan angin lembut yang mengambil roh setiap mukmin dan fasa kehancuran pun berlaku. Kesemua ini ada diceritakan dalam Al Quran dan buku ini mengupas semua kejadian dan cuba difahamkan mengikut kemampuan fikiran kita.
Bagi orang yang kurang minat membaca akan merasakan buku ini agak berat kerana nak memahamkan setiap kejadian yang dijanjikan Allah dengan segi saintifik. Pergh... tapi sangat-sangat ilmiah. InsyaAllah tak rugi membaca nya.
Tetapi penulis tidak bercadang nak bercerita secara detail setiap babnya... kawan-kawan kenalah cari buku ini dan baca sendiri. Tak rugi sebab ianya dapat menjadikan hati kita kagum akan kebesaran Allah dan takut akan azab yang Allah akan turunkan kepada hambanya yang mungkar. Ok... hepi membaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan