Ahad, 23 Oktober 2011

Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...

Buku seterusnya yang penulis nak kongsi adalah :

Tajuk         :  Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah
Pengarang  : 
Terbitan     :  Produksi Mastika
Harga        :  RM 9.90
Helaian      :  225 mukasurat


Di dalam buku ini menceritakan himpunan kisah-kisah benar yang di alami oleh mereka-mereka yang menunaikan fardu Haji dan Umrah di Makkah dan Madinah. Makkah dan Madinah merupakan tanah haram dimana seperti yang kita sedia maklum dan selalu dengan , sebarang kejahatan atau niat yang tidak baik , ALLAH akan tunjukkan dengan nyata dan ada yang dibalas dengan kadar segera.

Antara cerita yang penulis dapat garap di sini adalah, kisah seorang lelaki yang ke Makkah dan berniat nak mengucup Hajaralaswad yang dikatakan wangi, apabila beliau mengucup , dia segera berkata "mana ada wangi , bau hapak adalah"  (astaghfirullah) dengan kuasa ALLAH,  beliau telah hilang deria bau dengan serta merta dan sepanjang beliau berada di tanah suci beliau tidak lagi dapat menghidu bau yang wangi ataupun busuk. Nikmat bau telah ditarik oleh Allah. Na"uzubillah . Beliau hanya dapat kembali nikmat bau sekembalinya ke tanah air. Begitulah balasan ALLAH pada orang yang celupar mulutnya.

Kisah lain yang penulis rasa cukup menarik adalah kisah orang yang boleh bertutur dengan pelbagai bahasa dengan bangsa yang berlainan. Jika dia bertemu dengan orang Arab, maka dia berbahasa Arab , jika dia bertemu orang Turki , dia berbahasa Turki sedangkan yang dia tau waktu dia bercakap , dia bertutur bahasa Melayu dan orang bangsa lain pun bertutur bahasa Melayu. Tetapi kawan-kawannya yang berdekatan melihat dia bertutur dalam bahasa asing. Begitulah besarnya Kekuasaan ALLAH yang dapat melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh kita hambanya.

Banyak lagi cerita yang ada di dalam buku ini, semuanya diceritakan dengan cukup menarik dan ada yang begitu menginsafkan kita. Sehubungan itu sahabat-sahabat sekelian, dapatkanlah buku ini kerana buku ini banyak ada di kedai-kedai buku. Harganya pun tidak lah mahal dan mampu dimiliki.

Ok, jangan buang masa lagi. Cerita yang digarap oleh penulis sikit jer tapi yang diceritakan dalam buku ini banyak sekali. Nanti kalau dituliskan semuanya disini dah tak syok nak baca lagi kan... so.... fikir-fikirkan lah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan