Ahad, 16 Oktober 2011

Penyucian Jiwa

Buku seterusnya yang ingin dikongsi adalah :

Tajuk        : Penyucian jiwa - dari kesan akibat keburukan maksiat
Pengarang :  Ghassan Wahbi
Terbitan    :  Pustaka Jiwa Sdn Bhd
Harga       :  Sem. Malaysia : RM 8.50
Helaian     :  157 mukasurat


Rasulullah saw pernah bersabda di dalam sahih Muslim yang dituturkan oleh Abu Hurairah ra . Menurut baginda, manusia yang pertama kali diadili itu ada tiga orang.
Pertama : Seorang lelaki yang mati syahid, setelah dia dihadirkan kepadanya akan diperlihatkan berbagai nikmat sebagai imbalan. Sebelumnya, dia ditanya "apakah yang telah engkau perbuat didunia? dia menjawab " aku telah berperang demi Engkau hingga aku terbunuh" Allah berkata " bohong, engkau berperang bukan kerana Aku, tetapi supaya engkau disebut pahlawan. Kini gelaran itu telah engkau perolehi. Akhirnya dengan wajah tersungkur dia diseret ke neraka.

Kedua : Seorang lelaki yang sering membaca Al Quran , rajin menuntut ilmu dan sentiasa mengamalkan pengetahuannya kepada orang lain. Seterlah dia dihadirkan kepadanya ditunjukkan berbagai kenikmatan atas perbuatannya. Dia ditanya "apakah yang telah engkau kerjakan" dia menjawab " aku mempelajari berbagai ilmu dan mengajarkannya kembali kepda orang lain serta aku sering membaca Al Quran untuk Engkau . Allah menjawab " bohong, engkau belajar dan mengajar bukan untuk Ku. Bacaan Al Quran pun bukan kerana Aku. Engkau belajar dan mengajar supaya engkau dikatakan pintar dan alim. Kini sebutan itu telah engkau peroleh. Bacaan Al Quranmu pun bukan kerana Aku, melainkan agar engkau digelar Qari. Itupun telah engkau raih. Akhirnya dia pun diseret ke neraka dengan wajah tersungkur.

Ketiga : Seorang lelaki yang seluruh kekayaannya dia korbankan . Setelah dia dihadirkan kepada nya diperlihatkan berbagai kenikmatan sebagai balasan. Kemudian dia ditanya "Apa yang telah engkau lakukan.  Aku telah menginfakkan seluruh hartaku dijalan yang Engkau sukai. jawabnya. Allah berkata lagi " bohong, engkau melakukan itu agar dikatakan dermawan dan itu telah engkau peroleh. Akhirnya dengan wajah tersungkur dia diseret ke neraka.

Begitulah berberapa cerita yang dapat penulis kongsi untuk menjadi renungan kita bersama. Maha Suci Allah, setiap sesuatu yang kita lakukan, jika kita buat bukan kerana Allah sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Buku ini juga memberikan kita bimbingan untuk melakukan amalan-amalan untuk menghapus dosa dan zikir-zikir yang dapat diamalkan setiap hari. Dapatkanlah buku ini tetapi penulis rasa buku ini dah agak lama sebab mengikut terbitannya tahun 2002.  Anyway sesiapa yang nak pinjam boleh dapatkan dari penulis. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan