Assalamualaikum sahabat-sahabat sekelian,
buku yang seterusnya ingin dikongsi bersama adalah :
Tajuk : Khutbah Terakhir Rasulullah
Pengarang : Ibnu Rijal
Terbitan : Mustread
Harga : RM 18.00
Helaian : 131 mukasurat
"Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku ......."
(Bait ayat yang terindah dari Khutbah Terakhir Rasulullah).
Buku ini merupakan sebuah analisis pedoman dan harapan terhadap 10 perkara yang terkandung dalam Khubtah Terakhir Rasulullah.
Petikan Khutbah Terakhir Rasulullah saw
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia , sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu , mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesunguhnya mereka adalah teman dan pembantumu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah dibulan Ramadan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apayang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tiada ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepda hamba-hambaMu.
(Khubtah ini disampaikan oleh Rasulullah saw pada 9hb Zulhijjah tahun ke 10 Hijrah di Lemah Uranda, Gunung Arafah)
Berberapa perkara yang dapat dipetik adalah :
1. Takdir hak abadai Allah SAW
2. Ketekunan dan kewajipan berdakwah.
3. Silaturrahim Ukhuwah suci.
4. Kematian itu pasti
5. Bahaya riba
6. Syaitan: musuh yang nyata
7. Kerukunan rumahtangga
8. Kedaulatan Rukun Islam
9. Takwa sebaik-baik bekalanan
10. Wasiat penyelamat.
Amin..........