Ahad, 11 Disember 2011

Novel 16 : Gelora

Assalamualaikum kengkawan,

Ha.... cukup dulu dengan citer Aisya Sofea, kita layan novel lain plak, tajuk die dah menggambarkan citer die kan....... layan yok......



Tajuk        : Asmara
Pengarang :   Ma Lee Chuswan
Terbitan    :  Kaki Novel
Harga       :  RM 17.00
Helaian     :  338  mukasurat


Novel ini defenitily dokategorikan sebagai novel UDS. Strictly not allowed for school kid especially my doter....

Berkisar kehidupan Mila yang mempunyai konflik dengan Adam. Adam ni abang angkat dia yang diambil sebagai anak angkat oleh bapa si Mila. Ia lebih kurang, father dia bele dari kecik sebelum dapat Mila.

Hensom giler gak mamat ni.... ikut citer dalam novel ni la sebab anak kacukan, so Mila pun ada gak rasa syok selain dari berberapa awek 2 yang lain yang tarok hati kat mamat ni.

Ditakdirkan kahwin tapi masih penuh dengan konflik tak sudah2 sampai meletus world war 111. Hence the conclusion of the story ...... you alll baca la sendiri yer.....

Novel ni kira oke la......

Sabtu, 10 Disember 2011

Novel 15 : Sehangat Asmara

Hai, assalamualaikum,
Kita kembali lagi ke novel karangan Aisya Sofea selepas berhenti layan novel lain, hur! kali ni kita ke novel Sehangat Asmara... pergh! tajuk pon dah ngeri aku membacanya... so layan yok............................

Tajuk        : Sehangat Asmara
Pengarang :   Aisya Sofea
Terbitan    :  Alaf 21
Harga       :  RM 19.90
Helaian     :  548  mukasurat


Novel yang bolehlah dilabelkan UDS (untuk dewasa sahaja). Remaja2 dan yang belum kahwin adalah tidak digalakkan baca. Kalau nak gak baca boleh tapi kalau terganggu dengan adegan2 yang tuuuuttttt.... hehe padan muke.....

So, sebenarnya tak derla teruk sangat..... saja jer tapi untuk my little furl, you are not allowed to read this novel, is that clear.... chewah.....

Kamilia Najwa @ Kay yang agak sosial telah berubah menjadi gadis yang setia kepada jejaka yang bernama Zainal yang kemudiannya menjadi suaminya. Takdir memisahkan mereka dan pertemuan semula 9 tahun kemudian menjadi jeng.... jeng...... jeng....... tak mo citer.... lu pikir la sendiri.

Mula2 tu gerak gak, pastu oklah tapi heloooo............. walaupun sedeh tapi i tak nangis oke.... so baca eah kengkawan......

bye

Khamis, 8 Disember 2011

Novel 14 : Awak Suka Saya Tak ?

Assalamualakum kengkawan,

Penat sudah baca novel translation ni.... nak ubah angin jap. Ha! nove ini aku baca dulu sebab kawan aku kata best giler.... so walaupun tebal bangat aku nak cer baca jugak. Tang mana yang best nyr..

Tajuk        : Awak suka saya tak?
Pengarang :   Melur Jelita
Terbitan    :  Karya Seni
Harga       :  RM 35.00
Helaian     :  1056  mukasurat


Humang aiii..... novel ni dahlah tebal, isinya dahsyat betul. Apa yang aku boleh cakap tentang  novel ini ....... err........ tak boleh nak cakap...... thumbs up..... respek..... saspek.... tabik ...... seme ada.... very-very the best.... bukan best lagi.... tapi best giler...

Citer dia biasa-biasa jer tapi cara penulis ni menulis citer ni yang memang menepati cita rasa aku.... lucu, gila2, bahasa yang mudah dan memang gelak tergolekla...... hehehe. banyak unsur lucu , sedih, romantik dan memang berkasih sayangla seperti yang nak disampaikan oleh penulis ni... sarat denga unsur nasihat ..... pergh.... aku yang terlebey sudah.....

Cam tak puas baca. Kalau korang tak caya korang cubala baca sendiri. Ha! tak nak citer lelebih.... cuma citer ni berkisar tentang si Zulaikha yang memang perangai giler2 bercintan cintun dengan si Hilman lelaki yang convert . Si Hilman ni anak orang kaya dan business man berjaya dan memang suka sesangat kat si Zulaikha ni... so nanti korang baca kay......

Bye

Rabu, 30 November 2011

Novel 13 : Twilight ( Cinta Baru)

Hello kengkawan,
Ya ni sambungan kepada Twilight yang pertama senjakala tu, kali ni dinamakan cinta baru lak tapi dalam bahasa omputeh die kata New Moon... hurm! pelik gak camana boleh gi new moon... ah! lu pikir la sendiri.

Tajuk        : Twilight - Cinta Baru (New Moon)
Pengarang :   Stephenie Meyer
Terbitan    :  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd
Harga       :  RM 34.90
Helaian     :  531  mukasurat


Ya... citer kali ni Edward si pontianak tu telah tinggalkan Bella selepas Bella sambut hari lahir die  atas alasan tak nak membahayakan nyawa si Bella ni. Punyalah frust menungging si Bella ni, sangat sadis aku baca.... cedey nyer... sampai aku pun ada nangis sikit arr....

Kendian Bella berkawan rapat dengan Jacob budak dayak yang ensom gak... Tapi budak dayak ni pun ada rahsia diri juga iaitu dia boleh bertukar jadi serigala jadian yang memusuhi pontianak secara tradisinya.

So, sikit lebih kurang cinta 3 segila.... tapi kemudiankan.... ha! bacalah sendiri... Edward tu camana, Bella boleh le lupakan die, dan berboipren plak dengan si Jacob ni... tunggu......

Novel 12 : Twilight (Senjakala)

Hello kengkawan,
Kali ni kita layan novel hantu pulak. Maksud i bukan citer hantu yang menakutkan tapi hantu romantik gitu... citer ni citer omputeh tapi dialihbahasakan . Hadoiii punyala terjemahan yang agak2 memeningkan pala gak.

Tajuk        : Twilight - Senjakala
Pengarang :   Steophenie Meyer
Terbitan    :  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd
Harga       :  RM 34.90
Helaian     :  484  mukasurat


Merupakan sebuah novel berbahasa Inggeris sebab pengarang die pon omputeh la gak.... Susah sikit nak paham dengan bahasanya tapi disebabkan i telah menonton pilem ini jadi dah boleh agak arr jalan citer die.

Bella bercinta dengan si pontianak lelaki yang ensem, kacak bergaya, romantik dan segala mak nenek la .... nama dia Edward. Tapi... aha memang ada tapi tu sebab mana boleh bermain cinta dengan hantu kan... atau lebih tepat lagi pontianak.

Si Bella ni pulak ramai gak peminat die... tapi die masih gak syok kat Edwad. So keseluruhan citer memang tersangaaaatlaa romantik nyer dan saspen giler gak bila hantu dengan hantu bergaduh rebutkan si Bella ni. So enjoy reading gurl.....

Novel 11 : Kau Untukku

Hai kawan2, nampaknya berjiwang semula le kita... kali ni i nak citer ttg satu lagi novel Aisya Sofea. Kau Untukku.

Tajuk        : Kau Untukku
Pengarang :   Aisya Sofea
Terbitan    :  Alaf 21
Harga       :  RM 19.90
Helaian     :  516  mukasurat

Novel Aisya Sofea yang masih lagi bertemakan cinta.


Nurul Umairah dan Ahmad Fuad..............
Well Umairah ni sekriteri pada Fuad. Telah kehilangan tunangnya akibat kemalangan . And then digoda pulak oleh Fuad, her boss la....

Fuad ni pulak pernah putus cinta. So bila dah suka, parents Fuad pulak tak berapa nak suka kat Umairah ni. So memang saspenla kisah cinta doran nie. Maka dengan itu dapatkan novel ini dipasaran dan bacalah sendiri. Oke.............

Kaum-kaum yang pupus

Assalamualaikum kengkawan, kini kita beralih ke buku yang lebih ilmiah sikit, sekadar meringankan minda.

Tajuk        : Kaum-kaum Yang Pupus
Pengarang :   Harun Yahya
Terbitan    :  Global Aksara Communication S/B
Harga       :  RM 16.00
Helaian     :  262  mukasurat

Mahasuci Engkau (Ya Allah), kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau jualah yang maha mengetahui, lagi maha bijaksana ( Al Bawarah : 32)

Antara kaum-kaum yang puous adalah :

1. Kaum Madyan di zaman Nabi Syuaib yang dibinasakan kerana mengurangi sukatan dan timbangan.

2. Kaum Nabi Nuh yang enggan bertaqw telah dibinasakan dengan banjir besar termasuk anaknya.

3. Kaum Nabi Lut yang mengamalkan homo telah dibinasakan dengan gempa bumi dan letupan gunung berapi serta diterbalikkan menjadi laut mati. Ini termasuk isterinya yang kufur.

4. Sama juga dengan masyarakat Pompeii yang mengamalkan sex bebas dibinaasakan dengan letupan gunung berapi.

5. Kaum Ad dan Uber yang mahir dengan kerja ketukangan di zaman Nabi Hud dibinasakan dengan ribut pasir.

6. Kaum Thamud seperti juma kaum Ad yang menolak seruan Nabi Salleh juga dibinasakanb.

7. Firaun yang sombong dibinasakan dengan ditelan laut Merah di zaman Nabi Musa.

8. Kaum Saba yang dilanda banjir Arim.

Wallahualam.....

Novel 10 : Jendela Hati

Novel cinta kedua karangan Aisya Sofea. Jiwang gak

Tajuk        : Jendela Hati
Pengarang :   Aisya Sofea
Terbitan    :  Alaf 21
Harga       :  RM 14.00
Helaian     :  335  mukasurat


Novel ini dikeluarkan dalam tahun 2000 menceritakan tentang Farah kembar yang kehilangan kakak kembarnya Sarah akibat kemalangan jalanraya . Sarahmeninggalkan wasiat yang cukut berat digalas oleh Farah iaitu menjaga anaknya Zahin dan suaminya Lukman. Maksudnya dia minta si Farah ni bersalin tikaula... atau ganti tikau.

Hurm.......... Lukman ni pulak cam suka dan cam tak suka jer dengan adik ipar dia. Kejap nak kejap tak nak. So, kahwin ke tidak atau camana sudahnya bacalah sendiri. Sedap gak citer ni sampai i pun nangis tapi sikit arr.... (hehehe)

Nak buat camana... termasuk pulak dalam ini citer, tu yang emo sikit. Anyway novel ini boleh bacalah, tak boring. So you guys out there , tunggu apa lagi......

Novel 9 : Jauh

Hai kawan2, nampaknya berjiwang semula le kita... kali ni i nak citer ttg novel karya Aisya Sofea. FYI, i dahpun memiliki kesemua novel koleksi Aisya Sofea. So kali ni ttg tajuk Jauh.

Tajuk        : Jauh
Pengarang :   Aisya Sofea
Terbitan    :  Alaf 21
Harga       :  RM 12.00
Helaian     :  241  mukasurat
Merupakan novel pertama Aisya Sofea (1997). Cerita yang ringan dan mudah difahami.


Shafikah @ Ika ingin menenangkan fikirannya yang kusut oleh sikap kejelesan tunangnya. Membawa diri ke UK utk berehat telah menemukan dia dengan jejaka bernama Fikri yang merupakan pelajar Malaysia tajaan sebuah Bank tempatan.

Kemesraan terjalin dalam masa yang singkat. Apakah kesudahan Ika. Sudah sediakah dia utk kembali kepada tunangnya yang akan dikahwini dalam waktu terdekat ataupun adakah cintanya telah beralih arah kepada insan yang baru dikenalinya. So bacalah novel ini, hehehe..... jiwang sikit.

Secara keseluruhan novel ini okay la..... cita dia tak banyak sangat saspen dan meleret macam citer hindustan. Bacaan ringan dan tak derla sampai terbawa-bawa, maksud i tak der la sampai kita boleh termasuk dalam citer ini.. anyway enjoy kengkawan.........




Khamis, 17 November 2011

La Tahzan : Jangan Bersedih

Alhamdulillah rakan2 yang dihormati,
Buku yang saya nak kongsi kali ini adalah sebuah buku yang terlaris di Malaysia. Saya baru jer memiliki buku ini pada Oktober 2011 lalu. Rasa2nya ramai kengkawan yang tahukan tentang buku ini.

Tajuk        : La Tahzan : Jangan Bersedih : Don't be Sad
Pengarang :   Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni
Terbitan    :  Al Hidayah
Harga       :  RM 25.90
Helaian     :  940  mukasurat / 281 bab
Ya , buku ini pun sama jugak macam buku Sejarah dan Pejalanan Hidup Rasulullah, maksud saya sama adalah tebal dan ilmiah. Kalau nak baca dengan cepat boleh tapi masuk ke tidak tak tahulah. So mengambil pendekatan yang sama dengan buku sebelum ini, penulis cuba membaca buku ini sikit demi sikit, sehari satu bab, sebelah malam, kalau buku sejarah Rasulullah saya baca di pejabat pada awal pagi, yang ini saya baca satu bab setiap malam sebelum tidur.
Pastu lepas baca , saya akan catat dan updatekan dalam blog ini. Mudah2an usaha saya ini mendapat manfaat kepada diri saya sendiri dan juga rakan-rakan yang membaca. So tunggu apa lagi..... jom layan....

Buku ini saya juga letak under construction sehinggalah saya selesai membaca keseluruhan buku dan berjaya mencatatkan ringkasan untuk dikongsi bersama rakan-rakan semua. Nak menghabiskan 281 bab tu memerlukan sekurang-kurangnya 281 hari tau, itu kalau tak miss la... kalau miss berkemungkinan boleh mencecah 300 hari..... tak pa lah sekurang-kurangnya saya membaca sehingga habis helaian buku ini. Okay.... jom......

19/11/2011 : Sabtu
Bab 1 : Renungkanlah dan Bersyukurlah
- Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan dari hujung rambut hingga ke dua telapak kaki, kesihatan badan , keamanan negara , hutan belantara, udara dan air serta lain2.
- Bayangkan jika segala kenikmatan tersebut Allah tarik.
- Manusia seringkali memikirkan apa yang telah hilang dan lupa mensyukuri apa yang ada di hadapannya.


Bab 2 : Yang Lalu Biarkan Berlalu
- Yang lalu biarlah berlalu
- Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang kerana setiap khalifah akan berjalan ke depan. Oleh itu janganlah menyalahi sunnah kehidupan.


20/11/2011 : Ahad
Bab 3 : Hari Ini Milik Siapa
- Anggap anda hanya hidup hari ini, maka manfaatkanlah hari ini sebaik-baiknya.
- Lupakan hari semalam yang telah jadi kenangan dan hari esok yang merupakan hayalan.
- Pusatkanlah seluruh perhatian pada hari ini utnuk menjadi muslim sejati.


Bab 4 : Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya
- Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya, janganlah anda menanya khabar beritanya dan jangan pula anda menunggu waktu itu sebab hari ini anda sudah sangat sibok. Hindarkan angan-angan yang berlebihan.

Sejarah & Perjalanan Hidup Nabi Muhammad SAW

Alhamdulillah rakan2 yang dihormati,
Buku yang saya nak kongsi kali ini adalah sebuah buku berkisar riwayat hidup Rasulullah saw.


Tajuk       :  Sejarah & Perjalanan Hidup Nabi Muhammad SAW
Pengarang :  
Terbitan    :  Warisan Ilmu Publications
Harga       :  RM 300
Helaian     :  1570 mukasurat / 249 bab


Sejarah dan perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW, sebuah buku edisi lengkap. Saya sangat gembira memiliki buku ini. Dibeli dalam tahun 2008 sehingga kini masih belum dapat dibaca habis.  Sebenarnya telah mula baca semasa kembali dari mengerjakan Umrah pada April 2011 lalu dan dah sampai bab 50 pon tapi bila terfikir nak berkongsi maklumat dengan kengkawan, saya mengambil keputusan untuk membaca semula dan mencatatkan setiap bab demi bab yang telah selesai dibaca. Kalau nak mencatat bila dah habis baca takut terlupa pulak , almaklumlah ada 249 bab. Banyak woo.....

So, mana-mana kengkawan yang tidak berkesempatan memiliki buku ini almaklumlah harganya agak ...... so bukan semua orang berkemampuan memiliki, jadi dengan adanya sedikit ulasan dan ringkasan yang saya catatkan di dalam blog ini dapatlah kita berkongsi ilmu sesama. Selain dari itu, saya sendiri dapat menghayati keperibadian dan sejarah perjalanan Rasulullah yang kita cintai. Rasa rugi jugak kalau setakat baca pastu dah... nanti lupa... kalau kita baca dan catat, saya rasa saya lebih faham dan ingat.... hehe...

So utk catatan ini saya letakkan foto "under construction" sehinggalah buku ini habis di baca dan dicatat kesemuanya. Well frenz, jom layan..............

18/11/2011 : Jumaat
Bab 1 : Salasilah Keturunan Nabi
- Qusai bin Kilab merupakan datuk Nabi yang keempat dan yang paling terkemuka.
- Dapat merampas semula kunci kaabah yang diambil oleh kaum Khuza"ah
- Keturunan Qurai bin Kilab ada 3 iaitu Abdul Dar, Abdul Manaf dan ABdul Uzza.
- Abdul Manaf yang paling menyerlah telah mewarisi jawatan-jawatan penting di Mekah
- Dibawah Abdul Manaf inilah turunnya keturunan Bani Hasyim yang dihormati dan disegani.

19/11/2011 : Sabtu
Bab 2 : Datuk Nenek Nabi

- Nabi Muhammad SAW adalah dari keturunan bangsa Arab Quraisy yang terus menerus bersambung dari Nabi Ibrahim AS melalui anaknya Nabi Ismail AS.
- Keturunan Abdul Manaf bin Qusai yang memegang jawatan penting adalah Hasyim.
- Ini adalah kerana Hasyim adalah seorang yang bijaksana , pintar dan berbakat memerintah.
- Anak Hasyim yang berbakat besar seterusnya adalah Abdul Mutalib yang merupakan datuk Nabi yang terkenal.

20/11/2011 : Ahad
Bab 3 : Abdul Muttalib dan anak-anaknya

- Abdul Muttalib adalah anak Hasyim bin Abdul Manaf. Ibunya bernama Salma bt Amru An Najjariyyah.
- Abdul Muttalib telah mengahwini berberapa orang wanita dan mempunyai seramai 16 orang anak, 10 lelaki dan 6 perempuan.
- Antaranya ialah bapa Nabi iaitu Abdullah dan bapa saudaranya Abu Talib. Mereka adalah saudara seibu sebapa.



Selasa, 15 November 2011

Menanggani Anak Bermasalah

Rakan-rakan yang dihormati,

Tajuk buku seterusnya adalah :

Tajuk         :  Menanggani Anak Bermasalah
Pengarang  :  Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
Terbitan     :  Telaga Biru
Harga        :  RM 19.90
Helaian      :  99 mukasurat

Buku motivasi dari pakar motivasi terkenal yang tak perlu diintroducekan lagi..... buku kecik jer, gambo kaler lagik tapi cukup sarat dan padat... jom layan.

Buku ini banyak mengupas permasalahan anak-anak dan punca sebenar masalah itu dan cara bagaimana menangani masalah tersebut. Ia juga memperjelaskan mengikut kes antaranya :

Kes 1 : Anak malas untuk solat.
Kes 2 : Anak kecil mula cakap kotor
Kes 3 : Anak tidak ikut peraturan
Kes 4 : Anak irihati sesama sendiri
Kes 5 : Anak takut tidur seorang diri
Kes 6 : Anak cemburu bila ibu bapa bermesra
Kes 7 : Anak tidak menghargai pemberian ibu bapa
Kes 8 : Tangani anak kaki bangkang
Kes 9 : Tangani anak yang pemarah
Ke 10 : Tangani anak yang tidak mahu kalah
Kes 11 : Tangani anak pak turut
Kes 12 : Tangani anak suka berbohong
Kes 13 : Tangani anak pendiam
Kes 14 : Tangani anak yang rendah diri

Cukup padat dan ilmiah sekali. So kengkawan boleh lah dapatkan buku ini untuk menambah ilmu disamping mengamalkan petua-petua dan cadangan penyelesaian permasalah di mana yang sesuai. Ok.....


Ahad, 13 November 2011

Novel 8 : Kita Hanya di Seberang Jalan

Rakan-rakan yang dikasihi,

novel ke 8 yang ingin dikongsi bersama adalah novel yang dibeli oleh i punya anak :

Tajuk         :  Kita Hanya di Seberang Jalan
Pengarang  :  Bahruddin Bekri
Terbitan     :  PTS One Sdn Bhd
Harga        :  RM 19.90
Helaian      :  442 mukasurat


Ya, sebuah lagi novel remaja yang citer nyer i sendiri pon tak berapa nak paham..... hurm.... three kuater of this novel i rasa isinya mengarut dan meleret. Tiada isi sebenarnya..... terlalu banyak sangat sub topik... meaning that ada berberapa kisah di dalam novel ini.

So , i rasa tak tau yang mana satu the main topik..... nampak cam semua sama jer.. hanya suku yang terakhir saja yang ada sikitla dia punya ok......  maybe becoz tu climax dia kot... tapi secara keseluruhan novel ini pada pandangan peribadi i la agak membosankan dan ... mungkin tak sama dengan pandangan orang lain... kan.... i rasa ada sikit kureeeeng.... but anyway... just read until the end of the story....

Yang nampak ceria sikit ada babak yang lucu yang kalau difilemkan dan dilakunkan oleh pelakun yang muka selamba, memang tak kering gusila.... itu yang ada sikit membuatkan i tersenyum sendiri.

Watak-watak seperti Rushdan, Fatima, Fatah, Kuswadinata dan lain-lain cuma membawakan watak yang simple... drama ringan gitu.... so okeh guyz... it's up to u all la nak baca ke tak... since anak i dah beli, might as well i read it. kay



Novel 7 : Ayat Ayat Cinta

Rakan-rakan semua yang dikasihi,

Novel ke tujuh yang telah penulis baca adalah top novel :

Tajuk          :  Ayat ayat Cinta
Pengarang   :  Habiburrahman El Shirazy
Terbitan      :  Al Hidayah Publication
Harga         :  RM 23.90
Helaian       :  492 mukasurat

Rakan-rakan semua.....
Dengan membaca tajuk sahaja kita telah dapat mengagak ia merupakan sebuah lagi novel cinta tetapi percayalah rakan-rakan ku, tatapi dan bacalah novel ini kerana ia tidak seperti apa yang kita gambarkan. Cinta yang dimaksudkan sangat-sangat unik......


Buku yang sarat dengan bahan-bahan islamik dan lebih merupakan satu catatan perjalanan hidup seorang insan muslim sejati. Fahri, pelajar Al Azhar dari Indonesia yang sangat-sangat terpuji sikapnya dan disenangi ramai kenalan. Mempunyai kaitan rapat dengan 4 orang wanita iaitu Maria, gadis Mesir beragama Kristian, Aisha, gadis Palestin yang solehah, Noura, gadis Mesir yang malang dan Nurul, gadis Indonesia iaitu senegara dengan Fahri.

Sangat tragis dan menyayat hati kisahnya dan memang wajar novel ini difilemkan dan mendapat sambutan hangat. Novel yang terjual melebihi 100,000 naskah ini merupakan top novel. Jalan cerita yang menarik dan sangat islamik. Terkadang agak susah nak faham bahasa yang digunakan tapi boleh agaklah apa yang dimaksudkan. Sukar dijangka ending citer ini sehinggalah kita habis membacanya. So i tak nak citelah what's the ending so its up to u guys utk baca sendiri dan dapatkan feel dia.

Cerita sedeh dan menyayat hati tapi alhamdulillah air mata i mahal tau... tak nangis pun. hehehe Still under control . Novel ini memang best. Ok dah.....

Rabu, 9 November 2011

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit

Salam sejahtera rakan pembaca,

Buku yang seterusnya yang ingin dikongsi bersama rakan-rakan semua adalah :

Tajuk         :  Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
Pengarang  :  Dr Adi Hashman
Terbitan     :  PTS Millenia
Harga        :  RM 19.90
Helaian      :  218 mukasurat

Sebuah buku hasil karangan seorang doktor perubatan. Pada asalnya Dr Adi Hashman ini mengidap sakit dan selepas mengkaji secara detail sunnah dan amalan2 Rasulullah SAW beliau berjaya mengatasi masalah kesihatan beliau. Lantas dicatatkan di dalam buku ini.


Antara yang diterangkan adalah berhubung :

1. Gaya hidup islam
2. Manfaat berwudu'
3. Diet Rasulullah (Pemakanan)
4. Manfaat Puasa
5. Rahsia Pergerakan Dalam Solat
6. Tip tidur siang dan istirehat.
7. Emosi kesan kepada biologi dan psikologi

Selain itu diterangkan juga bagaimana insiden penyakit seperti HIV boleh menular. Contoh negara yang mengamalkan cara hidup Islam oleh orang bukan beragama Islam seperti di Jepun. Sangat menarikd an ilmiah untuk kita tatap dan hayati. Jika Jepun negara bukan Islam boleh menerima amalan-amalan ini mengapa tidak kita yang mengaku Islam.

Isi kandungan buku ini memang agak berat sikit kerana istilah-istilah medik tetapi insya Allah mudah difahami. Sekian untuk tatapan kali ini.

Novel 6 : Cinta Kau dan Aku

Rakan-rakan yang disayangi, selesai membaca novel yang ke 5 penulis terus membaca sebuah lagi novel cinta yang tak kurang hebatnya . Best seller lagik...

Tajuk           :  Cinta kau dan Aku
Pengarah      :  Siti Rosmizah
Terbitan       :  Gorup buku Karangkraf (Buku Prima)
Harga          :  RM 19.90
Helaian        :  679 mukasurat.

Sebuah lagi novel cinta yang ........ Yang ini 18sx eah , untuk dewasa sahaja tau. School kid tidak digalakkan membaca kerana ada unsur-unsur ...... tapi tak la X sangat..... Mana-mana yang ada lemah semangat tuu jangan baca tau . Hehehe.


So, citer berkisar seorang gadis tomboy bernama Nur Farisya Iman yang menukar karaktor dari gadis biasa ke tomboy selepas kematian bapanya.. Bercinta dengan bosnya bernama Farish Hakimi. Macam-macam peristiwa suka dan duka yang silih berganti. Lucu ada, sedih ada , romantis adaa tapi paling banyak bab romantis la. Hadoiii pening pala otak. Tu yang  bebudak sekolah dilarang baca tuu...

Buku ini penulis baca dalam 1 hari suku sahaja. Novel Siti Rosmizah ni memang digarap dengan menarik sekali. Susah nak berhenti membaca walaupun masa penulis membaca tu penulis kene sound dengan cik abang. Sebab leka sangat. Hehehe..... Sorry bang tapi don wori kerja rumah sume beres.....

So, tunggu apa lagi, pergilah dapatkan buku ini, penulis tak nak la citer lelebih de story... korang bacala sendiri baru kick..... kang kalau dah citer tak ler saspen lagik kan...... Jangan risau tak rugi mendapatkannya. bye

Novel 5 : Dan Hati pun Berkata

Rakan-rakan semua, untuk novel ke 5 yang penulis telah membaca adalah :

Tajuk          :  Dan Hati pun Berkata
Pengarang   :  Nurriez
Terbitan      :  Karya Seni Enterprise
Harga         :  RM 18.00
Helaian       :  404 mukasurat

Sebuah novel cinta yang kira oke la.... Tak der la jiwang sangat tapi bolehlah dikategorikan sebagai menghiburkan.

Adira @ Irra, seorang gadis yang manja tetapi kuat merajuk. Bila ayahnya berkahwin lagi dia merajuk membawa hati . Tambahan pulak sibuah hatinya pun dirampas oleh kakak tirinya. Lari dari rumah dan pastu berkenalan lah dengan Rashdan.

Nak dijadikan citer , kisah si Rashdan ni sikit lebih kurang sama dengan citer si Irra ni, so bercintan cintun la dorang ni. Selepas berberapa insiden dan halangan yang tak berapa nak saspen sangat so akhirnya... i think you all pun dah boleh agak dah kesudahannya kan. Cuma adakah mereka akan berkahwin ataupun tidak... ha yang tu lu pikir la sendiri.... jangan lupa beli.... hahaha.....

Isnin, 31 Oktober 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekelian,

buku yang seterusnya ingin dikongsi bersama adalah :

Tajuk         :  Khutbah Terakhir Rasulullah
Pengarang  :  Ibnu Rijal
Terbitan     : Mustread
Harga        :  RM 18.00
Helaian      :  131 mukasurat

"Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku ......."
(Bait ayat yang terindah dari Khutbah Terakhir Rasulullah).


Buku ini merupakan sebuah analisis pedoman dan harapan terhadap 10 perkara yang terkandung dalam Khubtah Terakhir Rasulullah.

Petikan Khutbah Terakhir Rasulullah saw
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia , sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu , mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesunguhnya mereka adalah teman dan pembantumu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah dibulan Ramadan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apayang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tiada ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepda hamba-hambaMu.

(Khubtah ini disampaikan oleh Rasulullah saw pada 9hb Zulhijjah tahun ke 10 Hijrah di Lemah Uranda, Gunung Arafah)

Berberapa perkara yang dapat dipetik adalah :

1. Takdir hak abadai Allah SAW
2. Ketekunan dan kewajipan berdakwah.
3. Silaturrahim Ukhuwah suci.
4. Kematian itu pasti
5. Bahaya riba
6. Syaitan: musuh yang nyata
7. Kerukunan rumahtangga
8. Kedaulatan Rukun Islam
9. Takwa sebaik-baik bekalanan
10. Wasiat penyelamat.

Amin..........

Ahad, 30 Oktober 2011

Novel 4 : Izinkan Aku Pergi

Salam sejahtera sahabat2ku sekelian,

Novel seterusnya yang ingin dikongsi bersama kawan2 adalah :

Tajuk       :  Izinkan Aku Pergi
Pengarang:  Hannaziera Faez
Terbitan   :  Nylea Publishing
Harga      :  RM 20.90
Helaian    :  443 mukasurat.
Izinkan aku pergi.... membaca tajuk sahaja kita sudah dapat menelah isikandungan novel ini iaitu sebuah novel sedih dan air mata.. hehe....

Tan Siew Imm atau nama islamnya Atilia bt Abdullah merupakan gadis berbangsa Cina. Memeluk Islam seterlah menemukan cintanya pada yang Esa dan pembimbingnya Amar Hussaini. Biarpun cinta terhalang oleh restu mertuanya, perkahwinan diteruskan jua. Lantaran bukan menantu pilihan, Atilia di dera secara mental oleh mertuanya.

Penderitaan seperti tiada penghujung apabila suami yang dikasihi dipaksa menikahi gadis pilihan ibunya, Izani. Biarpun batinnya menderita tetapi demi menagih kasih mertua yang dianggap ibu sendiri dia merelakan. Amar Hussaini menikahi Izani, gadis istimewa yang berhati mulia. Rasa simpati dengan nasib yang diterima Atilia telah mendorong dia mencatatkan satu manuskrip kehidupan.

Atilia yang berasa diri dipinggirkan suami tatkala Izani mengandung terus menderita sehinggalah dia bertemu muka dengan madunya. Rasa kasih seorang kakak terhadap adik yang merupakan insan istimewa telah mendorongnya pasrah dan reda ketentuan Ilahi. Izani yang sakit menyimpan hasrat untuk menulis novel kisah kehidupan mereka.

Disebabkan tidak mempunyai masa yang lama. Dia telah meminta Atilia membantunya. Bagaimanakah kesudahan Izani. Selamatkah dia. Novel hasil karangannya adakah berjaya dipasarkan. Jom ! jelajahlah novel ini sehingga ke penghujung ayat. Selamat membaca kengkawan.... adioss...

Bahaya Dosa Dan Maksiat Kepada Masyarakat Dan Negara

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca,

Buku yang dibaca oleh penulis ini merupakan buku yang sama dengan buku sebelum ini iaitu DOSA & MAKSIAT, cuma tajuk sahaja yang berbeza.

Tajuk      :  Bahaya Dosa Dan Maksiat Kepada Masyarakat Dan Negara
Pengarang :  Jaafar Salleh
Terbitan    :  Fatima Publication Sdn Bhd
Harga       : RM 13.00
Helaian     :  172 mukasurat

Buku ini isikandungannya sama seperti buku "Dosa & Maksiat : Kesan Terhadap Ibadah dan Kehidupan". Penulisnya juga sama cuma terbitan dari syarikat yang berbeza. Sehubungan itu tiada ulasan yang akan dibuat.

DOSA & MAKSIAT : Kesan Terhadap Ibadah & Kehidupan

Assalamualaikum rakan-rakan semua,

Buku seterusnya yang akan dikongsi adalah :

Tajuk        : DOSA & MAKSIAT : Kesan Terhadap Ibadah & Kehidupan
Pengarang :  Jaafar Salleh
Terbitan    :  Pustaka Ilmuan
Harga       : RM 15.00
Helaian     : 209 mukasurat


Sabda Rasulullah saw , maksudnya :
"Sesungguhnya apabila hampir dengan hari kiamat, akan terjadi berberapa fitnah bagaikan potongan malam yang gelap, ketika itu seorang lelaki beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petangnya atau waktu petangnya beriman, esoknya menjadi kafir semula, ia menjual (menggadai) agama (iman) dengan kesenangan (keuntungan dunia) yang sedikit." (Riwayat Tirmizi)

Kesan dosa dan maksiat terhadap peribadi, masyarakat dan negara.
1. Dosa menghalang ilmu pengetahuan
2. Dosa menghalang rezeki
3. Dosa menjauhkan jarak dengan Allah.
4. Dosa menjauhkan seseorang dengan orang lain.
5. Dosa menyulitkan urusan hidup.
6. Dosa menggelapkan hati
7. Dosa melemahkan jiwa dan fizikal
8. Dosa menghalang ketaatan.
9. Dosa boleh memendekkan umur dan menghapuskan keberkatan hidup.
10. Dosa menumbuhkan maksiat lain
11. Dosa mematikan hati nurani untuk insaf
12. Dosa menghilangkan keburukan maksiat itu sendiri.
13.  Dosa warisan umat yang pernah diazab
14. Dosa menyebabkan kehinaan.
15. Dosa dianggap remeh untuk dilakukan
16. Dosa mengakibatkan penderitaan makhluk lain.
17. Dosa mewariskan kehinaan.
18.Dosa merosakkan akal.
19. Dosa menutup hati
20. Dosa dilaknat Rasulullah saw.
21. Dosa menghijab syafaat rasul dan doa malaikat.
22. Dosa menghilangkan malu.
23. Orang yang melakukan dosa akan menambahkan dan memandang rendah ALLAH.
24. Maksiat memalingkan perhatian ALLAH.
25. Dosa menghapuskan nikmat dan mengundang azab.

Dosa Kecil dan Dosa Besar
Surah An-Nisa : 31
"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar diantara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya kami hapuskan kesalahan-kesalahan kamu (dosa-dosa yang kecil) dan kami msukkan kamu ke tempat yang mulia"

Dosa-dosa besar dapat terampun dengan terubat dan dosa-dosa kecil dapat terampun dengan melakukan solat dan amalan-amalan lain sebagaimana yang tersebut di atas dan yang adijelaskan selanjutnya secara terperinci.

Di dalam buku ini mencatatkan pelbagai dosa-dosa kecil yang perlu kita hindari. Antara dosa-dosa kecil adalah melihat perkara yang tidak dibolehkan lihat, banyak bercakap, banyak bersumpah, membuang air meata-rata dan macam-macam lagi. Kebanyakan dosa-dosa kecil ini ada yang kita sedari dan ada yang tidak.

Begitu juga dengan dosa-dosa besar terdapat pelbagai dosa yang dikategorikan sebagai dosa besar seperti mensyirikkan ALLAH, riak, membunuh, sihir, meninggalkan solat dan lain-lain lagi.

Cara-cara Menghapuskan Dosa Dan Maksiat.
Syarat-syarat taubat adalah :
1. Hendaklah ia sedar akan keburukan dosa
2. Hendaklah ia sedar betapa berat hukuman ALLAH dan murkaNya yang pasti tidak akan sanggup dipikulnya.
3. Hendaklah ia sedar betapa lemah dirinya dan tidak akan mampu untuk mengelak daripada hukuman.
4. Hendaklah ada penyesalan yang teramat besar memenuhi hatinya, sebagai pendorong utama untuk taubat.

Taubat perlu dilakukan segera kerana jika datang sakit yang terfikir hanya pengubatan diri, kalau pun datang jug fikiran untuk bertaubat,taubatnya sudah tidak punya erti lagi kerana kesempatan untuk membuktikan bahawa ia benar-benar sudah menjauhkan diri dari perbuatan dosa itu sudah tidak ada lagi kerana ajalnya sudah tiba dan hidupnya sudah mula berakhir, sudah sampai di penghujung umur.

Sama-sama kita renungkan wahai sahabat-sahabatku sekelian. Amin.

Ahad, 23 Oktober 2011

Novel 3 : Sebelum Nafas Terhenti

Assalamualaikum rakan-rakan yang dihormati,

Untuk koleksi novel yang penulis nak berkongsi pada kali ini adalah sebuah novel islamik jugak yang bertajuk

Tajuk             :  Sebelum Nafas Terhenti
Pengarang      :  Juriah Ishak
Terbitan         :  Alaf 21
Harga            :  RM 21.00
Halaman        : 564   mukasurat

Novel ini mengisahkan seorang gadis lepasan SPM dari keluarga miskin. Ditinggalkan oleh ayahnya selepas ibunya didapati mengidap sakit TB dan dialah yang menyara adik2nya seramai 5 orang .

Nurlisa nama sigadis ini, bekerja siang dan malam mencari rezeki untuk keluarga mereka. Takdir ALLAH menentukan beliau kemalangan dan cacat dibahagian kaki menjadikannya gadis tempang. Tidak mengenal erti kekecewaan dan putus asa, diterima takdir ALLAH dengan redha.

Nurlisa diterima bekerja di rumah seorang Datin yang sangat baik untuk menjaga anak lelakinya yang mengalami tekanan perasaan akibat kehilangan isterinya yang baru dinikahi selama dua bulan. Aldi yang kehilangan isteri juga kehilangan upaya berjalan dan sentiasa di dalam kedukaan dan menyalahkan takdir di atas segala yang berlaku.

Nurlisa bagaikan menjadi inspirasi buat beliau untuk kembali bersemangat dan pulih seperti dahulu. Menaruh hati pada si gadis yang lemah lembut dan cekal hati, dia juga menyimpan hasrat untuk memperisterikan Nurlisa tetapi ditentang oleh si Ayah, Datuk Haris. Sekembalinya dari luar negara kerana menghabiskan sisa-sisa pembelajarannya yang tertinggal akibat kemalangan dia mencari Nurlisa tetapi Nurlisa telah berhenti kerja.

Pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam usaha beliau untuk mengambil Nurlisa sebagai suri hidupnya dan bila dia telah ketemu, Nurlisa pula disahkan mengidap sakit yang membawa maut, dia pasrah dan ......... aha... penulis tak nak citer lelebih... korang kalau nak tau korang bacalah sendiri yer....

Citer dia okayla.... tapi penulis tak lah sampai masuk di dalam citer ni jadi waktu membaca novel ini, tak derla sampai mengeluarkan air mata....... hadoiiii.............. so, tunggu apa lagik..... pegilah dapatkan novel ini yer..... banyak ada kat kedai buku..... dia tak lah jiwang sangat , tapi islamik sikit.... no hal... anak2 pun boleh baca.... ok dah..........

Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...

Buku seterusnya yang penulis nak kongsi adalah :

Tajuk         :  Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah
Pengarang  : 
Terbitan     :  Produksi Mastika
Harga        :  RM 9.90
Helaian      :  225 mukasurat


Di dalam buku ini menceritakan himpunan kisah-kisah benar yang di alami oleh mereka-mereka yang menunaikan fardu Haji dan Umrah di Makkah dan Madinah. Makkah dan Madinah merupakan tanah haram dimana seperti yang kita sedia maklum dan selalu dengan , sebarang kejahatan atau niat yang tidak baik , ALLAH akan tunjukkan dengan nyata dan ada yang dibalas dengan kadar segera.

Antara cerita yang penulis dapat garap di sini adalah, kisah seorang lelaki yang ke Makkah dan berniat nak mengucup Hajaralaswad yang dikatakan wangi, apabila beliau mengucup , dia segera berkata "mana ada wangi , bau hapak adalah"  (astaghfirullah) dengan kuasa ALLAH,  beliau telah hilang deria bau dengan serta merta dan sepanjang beliau berada di tanah suci beliau tidak lagi dapat menghidu bau yang wangi ataupun busuk. Nikmat bau telah ditarik oleh Allah. Na"uzubillah . Beliau hanya dapat kembali nikmat bau sekembalinya ke tanah air. Begitulah balasan ALLAH pada orang yang celupar mulutnya.

Kisah lain yang penulis rasa cukup menarik adalah kisah orang yang boleh bertutur dengan pelbagai bahasa dengan bangsa yang berlainan. Jika dia bertemu dengan orang Arab, maka dia berbahasa Arab , jika dia bertemu orang Turki , dia berbahasa Turki sedangkan yang dia tau waktu dia bercakap , dia bertutur bahasa Melayu dan orang bangsa lain pun bertutur bahasa Melayu. Tetapi kawan-kawannya yang berdekatan melihat dia bertutur dalam bahasa asing. Begitulah besarnya Kekuasaan ALLAH yang dapat melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh kita hambanya.

Banyak lagi cerita yang ada di dalam buku ini, semuanya diceritakan dengan cukup menarik dan ada yang begitu menginsafkan kita. Sehubungan itu sahabat-sahabat sekelian, dapatkanlah buku ini kerana buku ini banyak ada di kedai-kedai buku. Harganya pun tidak lah mahal dan mampu dimiliki.

Ok, jangan buang masa lagi. Cerita yang digarap oleh penulis sikit jer tapi yang diceritakan dalam buku ini banyak sekali. Nanti kalau dituliskan semuanya disini dah tak syok nak baca lagi kan... so.... fikir-fikirkan lah....

Ahad, 16 Oktober 2011

Novel 2 : Andai Itu TakdirNya

Assalamualaikum semua,

Novel kedua yang dibaca oleh penulis adalah :

Tajuk        :  Andai Itu TakdirNya
Pengarang :  Siti Rosmizah
Terbitan    : Buku Prima
Harga       :  Sem. Malaysia - RM 19.90
Helaian     :  583  mukasurat

Sebuah novel yang merupakan novel terlaris dan telah diulang cetak berberapa kali. Mulanya penulis meminjam novel ini dari kawan tapi apabila memikirkan lebih baik ada koleksi sendiri maka penulis pun mencarilah dikedai-kedai buku berdekatan.

Novel ini berkisar kehidupan seorang gadis miskin yang bernama Aliyah yang menuntut di UK dan menaruh hati pada jejaka kaya yang bernama Syed Adam Aizril. Pemuda ini merupakan rakan sekuliah dengannya yang mempunyai sifat lelaki yang ego, sombong dan perasan "bagus".

So nak dijadikan cerita, sekembalinya Aliyah dari UK diterima bekerja di pejabat milik Aizril ni dan selepas berberapa insiden mereka telah berkahwin. Malangnya Aizril tidak dapat menerima Aliyah yang dikatakan hanya ingin mengikis harta dan kekayaannya saja.

Maka bermulalah episod2 duka si Aliyah ini dari satu masalah ke masalah yang nampaknya tiada kesudahan. Banyak gak air mata yang tertumpah sewaktu membaca permasalahan yang berlaku. Dia dianiaya, di kutuk, dihina dan bermacam lagi. Aliyah yang telah dibuang keluarganya dan juga suaminya Aizril telah menumpang dirumah kawan baiknya semasa di UK iaitu Umairah .
Nasibnya agak baik kerana mendapat kawan yang mengambil berat akan dirinya. Tanpa kenal erti putus asa, dia bangkit menjadi seorang wanita yang tabah dan sentiasa ingat pada Allah iaitu apa yang berlaku Andai Itu TakdirNya dia berserah dan pasrah.

Nak dijadikan citer, si Aizril ni dah ada mak we pilihan kuarge dia la yang sama tarap konon namanya Syarifah Amilin, juga merupakan sepupunya. Si Amilin ini memang sosial and very the plastik. So, saat Aliyah bertarung nyawa nak bersalin anak hasil dari perbuatan jahat suaminya, si suami pulak nak menikah dengan si plastik ni. Tapi yerlah... eksiden la pulak sampai si Aizril ni cedera parah.

Pastu, biasalah i think you all pun taukan... si Aliyah yang berhati lembut ni pon balik la semula kat laki dia, nak jaga dia itupun sebab bila dia dah tau dia sakit nak mati . Kalau dia mati nanti anak dia sape nak jaga. Lepas tu bermulalah balik episod2 suka duka kali kedua apabila ada si plastik dan juga peminat Aliyah sendiri. Laki dia cemburu kat dia dan dia pon cemburu jugak kat laki dia. Bagusla tuu... hehe....

Selepas berberapa kejadian..... sedih ada, suka ada dan duka ada...... akhirnya si Aliyah dan si Aizril ini..... korang bacala sendiri.... penulis tak nak citer  tapi rasanya korang mesti dah dapat agakkan.... yerlah "klishe" jer... biasala tuu..... ok... enjoy reading.... tp tak rugi beli... (nampaknya penulis buku ni kene bagi kamsen kat aku nih).

Ok dahhhhh.........

Penyucian Jiwa

Buku seterusnya yang ingin dikongsi adalah :

Tajuk        : Penyucian jiwa - dari kesan akibat keburukan maksiat
Pengarang :  Ghassan Wahbi
Terbitan    :  Pustaka Jiwa Sdn Bhd
Harga       :  Sem. Malaysia : RM 8.50
Helaian     :  157 mukasurat


Rasulullah saw pernah bersabda di dalam sahih Muslim yang dituturkan oleh Abu Hurairah ra . Menurut baginda, manusia yang pertama kali diadili itu ada tiga orang.
Pertama : Seorang lelaki yang mati syahid, setelah dia dihadirkan kepadanya akan diperlihatkan berbagai nikmat sebagai imbalan. Sebelumnya, dia ditanya "apakah yang telah engkau perbuat didunia? dia menjawab " aku telah berperang demi Engkau hingga aku terbunuh" Allah berkata " bohong, engkau berperang bukan kerana Aku, tetapi supaya engkau disebut pahlawan. Kini gelaran itu telah engkau perolehi. Akhirnya dengan wajah tersungkur dia diseret ke neraka.

Kedua : Seorang lelaki yang sering membaca Al Quran , rajin menuntut ilmu dan sentiasa mengamalkan pengetahuannya kepada orang lain. Seterlah dia dihadirkan kepadanya ditunjukkan berbagai kenikmatan atas perbuatannya. Dia ditanya "apakah yang telah engkau kerjakan" dia menjawab " aku mempelajari berbagai ilmu dan mengajarkannya kembali kepda orang lain serta aku sering membaca Al Quran untuk Engkau . Allah menjawab " bohong, engkau belajar dan mengajar bukan untuk Ku. Bacaan Al Quran pun bukan kerana Aku. Engkau belajar dan mengajar supaya engkau dikatakan pintar dan alim. Kini sebutan itu telah engkau peroleh. Bacaan Al Quranmu pun bukan kerana Aku, melainkan agar engkau digelar Qari. Itupun telah engkau raih. Akhirnya dia pun diseret ke neraka dengan wajah tersungkur.

Ketiga : Seorang lelaki yang seluruh kekayaannya dia korbankan . Setelah dia dihadirkan kepada nya diperlihatkan berbagai kenikmatan sebagai balasan. Kemudian dia ditanya "Apa yang telah engkau lakukan.  Aku telah menginfakkan seluruh hartaku dijalan yang Engkau sukai. jawabnya. Allah berkata lagi " bohong, engkau melakukan itu agar dikatakan dermawan dan itu telah engkau peroleh. Akhirnya dengan wajah tersungkur dia diseret ke neraka.

Begitulah berberapa cerita yang dapat penulis kongsi untuk menjadi renungan kita bersama. Maha Suci Allah, setiap sesuatu yang kita lakukan, jika kita buat bukan kerana Allah sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Buku ini juga memberikan kita bimbingan untuk melakukan amalan-amalan untuk menghapus dosa dan zikir-zikir yang dapat diamalkan setiap hari. Dapatkanlah buku ini tetapi penulis rasa buku ini dah agak lama sebab mengikut terbitannya tahun 2002.  Anyway sesiapa yang nak pinjam boleh dapatkan dari penulis. Amin

Nikmatkah Maksiat?

Buku seterusnya adalah :

Tajuk        : Nikmatkah Maksiat?
Pengarang :  Drs Hj Hanafi Mohamed / Hjh Siti Zaimah Ab Rahman
Terbitan    :  Karya Bestari
Harga       :  Sem. Malaysia  : RM 12.00
Halaman   : 

Nikmatkah Maksiat merupakan buku yang mengupas Dosa 10 anggota tubuh kita yang dipandang remeh. Merupakan salah satu buku yang menjadi "Best Seller" sarat dengan nasihat dan tunjukajar bagi kita yang jahil dan memerlukan panduan.

Di dalam buku ini, ia menceritakan berhubung konsep dosa dalam islam, pengertian dosa dan akibatnya serta sebab-sebab kita melakukan dosa.

Antara sebab kita melakukan dosa adalah kerana jahil hukum agama , lemahnya iman, keras hati dan kurang penghayatan terhadap dakwah Islam, kurangnya didikan agama yang sempurna, pengaruh budaya dan peradaban barat, lupa terhadap matlamat manusia sebagai manusia, manusia lupa akan tugas dan kewajipan kepada Allah SWT, putus asa daripada rahmat Allah SWT serta tidak pandai memanfaatkan masa dengan perkara kebajikan.

Dosa sepuluh anggota adalah :

1. Dosa Akal - iaitu terpedaya denga kehidupan duniawi, terpengaruh denga budaya hidup kafir, kufur terhadap Allah SWT, mengkhianati amanah Allah SWT dan RasulNya, mengangkat orang kafir menjadi pemimpin, memutuskan hubungan silaturahim dan tidak mengamalkan amar ma'ruf dan nahi mungkar.

2. Dosa Mata - iaitu melihat aurat wanita, menyaksikan pesta, konsert atau program hiburan yang melalaikan, menonton filem, video, CD atau VCD lucah dan melihat orang berjudi.

3. Dosa Lidah atau Mulut - iaitu berdusta, mungkir janji, mengumpat, menyebarkan fitnah, memaki hamun, mengkafirkan sesama muslim, menghina sahabat Rasulullah SAW, suka berbantah sesama muslim, membuka rahsia orang lain, mengucapkan sumpah palsu, memanggil seseorang dengan gelaran buruk yang tidak disukainya, menuduh perempuan baik berzina , mengungkit-ungkit pemberian, derhaka kepada ibu bapa, menyanyi lagu-lagu yang bertentengan dengan syarak dan merokok.

4. Dosa Telinga - iaitu tidak mendengar peringatan Allah SWT, suka mendengar lagu atau nyanyian yang melalaikan, tidak menyahut seruhan azan dan mendengar fitnah atau mengadu domba.

5. Dosa Tangan - iaitu seperti mencuri, merompak atau meragut, membunuh atau  bunuh diri, mengukir dan melukis gambar manusia atau haiwan, enggan mengeluarkan zakat, melakukan rasuah, merosakkan harta kemudahan awam, merosakkan atau mencemari alam sekitar dan menipu dalam urusan jual beli.

6. Dosa Kaki - iaitu mengunjungi tempat maksiat, menjauhi majlis ilmu, enggan mengerjakan ibadat haji, melarikan diri daripada peperangan dan meninggalkan solat Jumaat.

7. Dosa Perut - iaitu makan harta riba, mekan harta anak yatim, menum arak dan hisap dadah serta makan terlalu kenyang atau banyak.

8. Dosa Faraj atau Kemaluan - iaitu zina , liwat atau musahaqah dan onani.

9. Dosa Tubuh Badan - iaitu mendedahkan aurat, memakai pakaian berlainan jantina, memakai pakaian menyerupai orang kafir , bertatu, menyambung rambut, mencabut , mencukur, menipis atau mengukir alis serta pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

10. Dosa Hati - iaitu riak, hasad dengki, sombong, ujub atau bangga diri, bakhil, putus asa, benci sesama muslim dan munafik (nifak).

Demikianlah serba sederhana mengenai dosa yang dilakukan oleh anggota tubuh kita samada secara sengaja ataupun tidak. Oleh itu kita mestilah sentiasa bermuhasabah diri, menghitung kembali sejauh mana amalan kebajikan dan dosa kemungkaran yan telah kita lakukan selama hayat.

Seperti yang kita ketahui, setiap insan tidak pasti dapat lari daripada melakukan kesilapan. Manakala sebaik-baik insan yang melakukan kesilapan dan dosa itu adalah mereka yang segera bertaubat, memohon keampunan daripada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
" Setiap anak Adam (manusia) pasti akan melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah bertaubat"

Taubat yang paling sempurna adalah taubat nasuha iaitu taubat yang penuh keikhlasan, penyesalan disamping berazam tidak akan mengulangi dosa-dosa lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun bagi setiap insan yang ingin bertaubat dan bersungguh-sungguh mengharapkan keredhaanNya .

Untuk renungan semua sahabat. Amin.

Novel 1 : Cinta Kembali Bertasbih

Novel pertama yang dibaca oleh penulis adalah :

Tajuk        :  Cinta Kembali Bertasbih
Pengarang :  A.Ubaidillah Alias
Terbitan    :  PTS Litera
Harga       :  Sem. Malaysia : RM 25.50
Helaian     :  727  mukasurat

Cinta Kembali Bertasbih, dengan tajuk sahaja kita dah bisa meneka jalan ceritanya novel ini. Yelah... tasbih kan sinonim dengan Islam. So cerita novel ini adalah sebuah novel islamik la.... maksud penulis novel ini dikarang dengan baik sekali dan sarat dengan nilai-nilai keislaman, nasihat dan tunjukajar dan pelbagai lagi. Rakan-rakan sekelian , novel ini mengisahkan seorang pemuda bernama Rahman dan Adiknya Fatima yang menjadi yatim piatu apabila kematian kedua ibu bapanya di dalam satu kemalangan. Bermula dari situ keduanya telah mengalami pelbagai peristiwa pahit dan akhirnya diletakkan di rumah anak yatim. Walaubagaimanapun kedua-duanya bersekolah di sebuah sekolah agama.
Rahman yang begitu protektif terhadap adiknya, sangat ditakuti kerana sanggup memukul sesiapa yang mengganggu adiknya. Meminati gadis jelita bernama Rasima yang menjadi gilaan ramai rakan-rakan disekolah. Akibat difitnah oleh kawan baiknya Safuan, Rahman  tersedar dan berubah menjadi anak yang rajin belajar dan bercita-cita untuk melanjutkan pelajarannya di Timur Tengah di dalam bidang agama. Akhirnya dia berjaya melanjutkan pelajarannya dan mendapat bantuan dari seorang yang tidak dikenali.

Berkenalan dengan seorang Datuk yang baik yang mempunyai anak perempuan bernama Wawa yang menuntut di Korea, bermula dari situ pelbagai peristiwa berlaku sekembalinya dia dari Mesir. Kisah lamanya di sekolah timbul kembali dan juga kisah baru antara dirinya dan Wawa.

Bagaimanakah kesudahan Rahman, dapatkah dia membersihkan fitnah terhadap dirinya dan kembali kepada gadis idamannya dan bagaimana dengan Wawa. Sooo...... it"s up to you all untuk mendapatkan novel ini. Baca novel ini macam baca 2 dalam 1 kerana selain ada kisah cinta ada gak pengajaran dan ceramah agama. Hehe.... ilmiah sangaaat....

Ok, kawan-kawan.... jangan tertidor semasa membaca dah sudah.... hahaha.....