Khamis, 17 November 2011

Sejarah & Perjalanan Hidup Nabi Muhammad SAW

Alhamdulillah rakan2 yang dihormati,
Buku yang saya nak kongsi kali ini adalah sebuah buku berkisar riwayat hidup Rasulullah saw.


Tajuk       :  Sejarah & Perjalanan Hidup Nabi Muhammad SAW
Pengarang :  
Terbitan    :  Warisan Ilmu Publications
Harga       :  RM 300
Helaian     :  1570 mukasurat / 249 bab


Sejarah dan perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW, sebuah buku edisi lengkap. Saya sangat gembira memiliki buku ini. Dibeli dalam tahun 2008 sehingga kini masih belum dapat dibaca habis.  Sebenarnya telah mula baca semasa kembali dari mengerjakan Umrah pada April 2011 lalu dan dah sampai bab 50 pon tapi bila terfikir nak berkongsi maklumat dengan kengkawan, saya mengambil keputusan untuk membaca semula dan mencatatkan setiap bab demi bab yang telah selesai dibaca. Kalau nak mencatat bila dah habis baca takut terlupa pulak , almaklumlah ada 249 bab. Banyak woo.....

So, mana-mana kengkawan yang tidak berkesempatan memiliki buku ini almaklumlah harganya agak ...... so bukan semua orang berkemampuan memiliki, jadi dengan adanya sedikit ulasan dan ringkasan yang saya catatkan di dalam blog ini dapatlah kita berkongsi ilmu sesama. Selain dari itu, saya sendiri dapat menghayati keperibadian dan sejarah perjalanan Rasulullah yang kita cintai. Rasa rugi jugak kalau setakat baca pastu dah... nanti lupa... kalau kita baca dan catat, saya rasa saya lebih faham dan ingat.... hehe...

So utk catatan ini saya letakkan foto "under construction" sehinggalah buku ini habis di baca dan dicatat kesemuanya. Well frenz, jom layan..............

18/11/2011 : Jumaat
Bab 1 : Salasilah Keturunan Nabi
- Qusai bin Kilab merupakan datuk Nabi yang keempat dan yang paling terkemuka.
- Dapat merampas semula kunci kaabah yang diambil oleh kaum Khuza"ah
- Keturunan Qurai bin Kilab ada 3 iaitu Abdul Dar, Abdul Manaf dan ABdul Uzza.
- Abdul Manaf yang paling menyerlah telah mewarisi jawatan-jawatan penting di Mekah
- Dibawah Abdul Manaf inilah turunnya keturunan Bani Hasyim yang dihormati dan disegani.

19/11/2011 : Sabtu
Bab 2 : Datuk Nenek Nabi

- Nabi Muhammad SAW adalah dari keturunan bangsa Arab Quraisy yang terus menerus bersambung dari Nabi Ibrahim AS melalui anaknya Nabi Ismail AS.
- Keturunan Abdul Manaf bin Qusai yang memegang jawatan penting adalah Hasyim.
- Ini adalah kerana Hasyim adalah seorang yang bijaksana , pintar dan berbakat memerintah.
- Anak Hasyim yang berbakat besar seterusnya adalah Abdul Mutalib yang merupakan datuk Nabi yang terkenal.

20/11/2011 : Ahad
Bab 3 : Abdul Muttalib dan anak-anaknya

- Abdul Muttalib adalah anak Hasyim bin Abdul Manaf. Ibunya bernama Salma bt Amru An Najjariyyah.
- Abdul Muttalib telah mengahwini berberapa orang wanita dan mempunyai seramai 16 orang anak, 10 lelaki dan 6 perempuan.
- Antaranya ialah bapa Nabi iaitu Abdullah dan bapa saudaranya Abu Talib. Mereka adalah saudara seibu sebapa.



7 ulasan:

  1. Cara pembelian buku ni cam mana

    BalasPadam
  2. Jika boleh sy ingin memelikinya juga

    BalasPadam
  3. as salam, rasa nya dikedai buku ada menjual. cari kedai buku2 agama. in shaa Allah ada.

    BalasPadam
  4. as salam, rasa nya dikedai buku ada menjual. cari kedai buku2 agama. in shaa Allah ada.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum akk sy dah serch dikedai versi mcm ni dh x ada akk cuma kalau boleh jika sy dapatkan beli dengan akk atau photostep buku akk nnti tentang pembayaran kita akan bayar .jika akak sudi allahamdulilah

    BalasPadam
  6. Baik juga jika penerbitnya mengagihkan buku ini kepada beberapa jilid supaya peminat buku dapat beli secara beransur2,juga mudah dibawa ke mana2.Daya beli peninat pun mungkin bertambah. Insya'Allah.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. memang berbaloi dan bermanfaat beli buku ni. Tapi susah nk cari buku ni sbb ramai y tanya nak beli di mana.. isteri sy beli buku ni thn 2010 kebetulan seller jual di sek.

    BalasPadam