Ahad, 29 Januari 2012

Novel 24 : Demi Kasihmu



Assalamualaikum kengkawan,

Kembali ke novel jiwang, tapi tak le berapa nak jiwangla...

Tajuk        : Demi Kasihmu
Pengarang :   Amieza Anaz
Terbitan    :  NHF Media
Harga       :  RM 24.90
Helaian     :  952  mukasurat

Novel ini memang bestla...... terpegun aku menatap buku ni.... hadoii..... novel yang mengganggu lena tidurku  dan mengganggu emosiku di pagi hari.... Sewaktu membaca novel ini aku susah nak berenti sampai aku boleh baca terus menerus dari kul 10 malam hingga ke pukul 2 pagi... dahlah esok nyer keje.... tuu tak cukup teruk lagi sebab bukan ajer mata ni jadi mengantuk tapi habis kain batik lencun dek ayer mata yang tak henti mengalir.... agak2 arr kalau ada selimut, selimut2 pon boleh lencun.....

Kisah novel ni berkisar kehidupan seorang gadis bernama Alia Maisara , sangat humble dan very the simple person. Tak derla perasaan bagus macam watak2 yang aku dah penah baca sebelum ni.... berkahwin dengan jejaka bernama Lukman Hakimi secara terdesak selepas ditangkap khalwat... hurm! yang ni mmg stdla bagi kebanyakkan novel....asyik2 tangkap khalwat... tak der ker sebab lain.....

So, disebabkan rasa rendah diri sesangat tuu menyebabkan dia menjadi seorang yang terlalu berserah pada takdir dan tidak mengharap yang lebih2 walaupun hati dan perasaan dia kerap dilukai oleh orang2 yang dikenalinya. Yang aku sangat2 respek dengan perangai si Alia ni dia tak perlu nak balas2 perbuatan org kat dia, cukup dgn dia bersabar sj tapi segala perbuatan jahat terhadap dia terbalas dengan sendirinya dan lesson learn utk org2 tuu.... kalaulah aku boleh menjadi sesabar Alia nii....

Lukman Hakimi pulak sebenarnya mmg suka kat Alia ni tapi payah sangat nak tunjukkan. Dia cuma tunjukkan rasa tanggungjawab dia ajer.... yerlah sebenarnya kan org pompuan ni bila rasa rendah diri dengan pasangan bak kata orang berdiri tak sama tinggi duduk tak sama rendah... mmg memerlukan masa dan konfiden yang secukupnya. So Lukman perlu memainkan peranan dia. Sudahnya Alia ni melarikan diri dan meninggalkan suaminya setelah dihalau oleh ibu mertuaku.....opps... bukan ibu mertua aku tapi ibu mertua si Alia la.....

Apa kesudahan si Alia nii.... itu korang kene la baca sendiri. Kang kalau aku citer lelebih mesti dah tak saspen kan.... tapi aku boleh angkat jari ibu la kat novel ni....mmg tak rugi membaca nya... Ok kawan, cari yer buku nii... bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan