Ahad, 22 Januari 2012

Novel 20 : Adam dan Hawa


Lagi satu novel Aisya Sofea yang terbaeeeekk.................. pun tak der la tuuuut sangat, kira oke . Budak sekolah boleh baca cuma jangan followla.....
Tajuk        : Adam & Hawa
Pengarang :   Aisya Sofea
Terbitan    :  Alaf 21
Harga       :  RM 19.90
Helaian     :  492  mukasurat


Ain Hawani mangsa keadaan, tertangkap khalwat dengan Adam yang menyebabkan dia terpaksa dikahwinkan. Kerana terlalu malu dan marah selepas kahwin Ain meninggalkan Adam dan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Gimana keadaan Adam, perkahwinan mereka.... adalah terlerai atau masih bertaut... selepas 8 tawon...

Tapi one thing about this novel , aku tak berapa nak gemar sangat perangai si Ain ni, keras kepala tak bertempat. Ego tinggi dan tidak ada kelembutan langsung. So korang remaja2 kat luar sana yang baca novel ni jangan terikut-ikut sangat perangai si Ain ni... tak elok.

Tapi itulah realiti kehidupan, seb baek si Adam ni penyabar sesangaaaaattt... huh!! kalau sesetengah lelaki dah lama diterajangnya si Ain yang kepala hangin nii... cam bagus sangat.... hehe terover lak sikit.

Keseluruhannya novel okelah cuma agak meleret untuk tau ending of the story. Boleh diringkaskan sebenarnya. Tak perlulah nak citekan hal merajuk, marah, dendam lelama sangat. Boleh menyebabkan pembaca kurang senang dan lantas boleh mencampakkan novel ini ketepi.

So jalan citer oke, ending oke, so jangan lupa baca yer.....

ok bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan