Ahad, 22 Januari 2012

Novel 21 : Buatmu Kekasih

Hurm....... novel kali ini adalah novel kompilasi lanjutan novel2 Aisya Sofea yang terdahulu
Tajuk        : Buatmu Kekasih
Pengarang :   Aisya Sofea
Terbitan    :  Alaf 21
Harga       :  RM 19.90
Helaian     :  579  mukasurat

Dalam novel ini ada 5 citer pendek tentang kejadian seterusnya utk watak2 novel beliau yang terdahulu spt Ika & Fikri, Lukman & Farah, Fuad & Umayrah,  Zainal & Kay serta tidak ketinggalan Hanif dan Intan


Kisah Pertama ( Ika & Fikri)
Fikri & Ika, konflik apabila FIkri mula berubah hati pada wanita lain. Hati Ika terluka apabila tidak dipedulikan lagi. Apakah kesudahan citer ini, adakah perpisahan akan berlaku?

Kisah Kedua ( Lukman & Farah)
Kisah anak Lukman bernama Zahin, iaitu anak saudara Farah . Setelah mengetahui Farah hanyalah ibu saudara dan bukan ibu kandung, konflik bermula. Konflik perasaan si anak, bagaimana kesudahannya.............

Kisah Ketiga ( Fuad & Umairah)
Selepas berkahwin dan mempunyai anak, mereka tinggal dirumah ibu Fuad....tetapi yerlah bila duduk rumah mertua memang le.... ada payah sikit . Opps...... bukan sikit tapi payah banyak..... apakah konflik nya.... cerciter2

Kisah Keempat (Zainal & Kay)
Pergolakan kecil rumahtangga yang std, soal perubahan fizikal Kay dan juga  emosi yang tidak stabil but not too serious sangat. Biasa2 jer.... so citer dia taklah bombastik sangaty.

Kisah Kelima ( Hanif & Intan)
Intan Azureen telah 4 kali keguguran, itu die konflik nya... mak long dier merangkap mak mertua dia salahkan Intan apabila anak dia kemalangan dan cedera parah... pastu mengalami kerosakan buah pinggang yang memerlukan penderma.... hanya Hanif Azman sahaja yang boleh membantu...... bagaimana Intan selesaikan kemelut ini... nak cari doner dan mak mertua yang telah mula ada rasa membenci....

Ok then,  i think enough with Aisya Sofea, nak tru baca novel yang lain lak.. pening dah pala ni baca novel2 dia ni....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan