Assalamualaikum kengkawan,
Stop jap dengan novel bebudak sekolah, kita beralih pada novel yang agak dewasa sikit. Hurm........ memang best. Novel yang berkualiti. Ada message yang hendak disampaikan. Sangat2 mengagumkan cara penyampaian novel ini.
Tajuk : Tidak Aku Bersuara
Pengarang : Norhayati Berahim
Pengarang : Norhayati Berahim
Terbitan : NB Kara Sdn Bhd
Harga : RM 24.00
Helaian : 680 mukasurat
Komen Umum:
Bagi sesetengah pembaca, karya NB memang klise dan bahasa yang skema. Tapi pada pandangan aku yang masih baru bergelumbang dengan pembacaan novel ni, karya beliau memang sangat bagus. Thumbs up untuk karya beliau.
Karya yang padat dengan pelbagai maklumat, ada message dan ada ilmu. Karya beliau umpama kuih raya atau biskut raya yang bisa disimpan lama dan sentiasa sedap. Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Berbanding karya novelis muda yang lebih kepada kuih pulang hari. Sedap dibaca tetapi tidak dapat bertahan lama. Perlu dimakan segera dan akan basi menjelang dini hari. Amboi... mcm bagus sangatla aku komen ni... mcm pro...... hehe... jangan marah aaa... hanya pandangan sahaja.
Tapi itulah pandangan ikhlas aku tentang novel ni. Karya yang baik. Difahamkan citer dalam citer ni memang kisah benar dan kalau kita baca pon memang ni adalah senario biasa yang kita baca atau dengar selalu di dada akhbar atau majalah2.
Gaya penceritaan yang tidak terlalu meleret dan padat dengan ilmu. Hurm.... novel yang berat tapi memuaskan.
Komen Citer :
Citer berkisah tentang Jeslina, seorang wanita yang bekerja diluar negara. Melarikan diri dari tanah air kerana sebab yang hanya dia sahaja yang tahu. Sedari kecil dipelihara oleh neneknya dan disitulah kisah sedihnya bermula. Untuk menyelesaikan masalah diri, dia belajar bersungguh-sungguh dan melanjutkan pelajaran keluar negara dan langsung bekerja disana.
Berkenalan dengan Dr Budi yang dianggap sebagai bapa dan sahabat yang amat memahami masalah dirinya. Dr Budi yang sudah menjangkau usia tetapi masih bujang dan ganteng..... hehe..
Jeslina kembali ketanah air selepas kematian bapanya dan disitu bermula berberapa tragedi yang memaksa dia mengahwini lelaki yang tidak dicintai Razman, walaupun Razman sangat2 mencintai dia.
So dipendekkan citer sebenarnya Jeslina ni ada kisah pahit sewaktu kecil jadi dia fobia kat lelaki . So bila kahwin dia memang2 sangat takut. Yang tahu dan faham hanyalah Dr Budi sahaja. Selepas berberapa kejadian dan dia difitnahkan , dia melarikan diri sekali lagi dan kembali kepada Dr Budi mohon simpati.
Bagaimana kesudahan Jeslina. Terleraikah ikatan perkahwinan dia dengan Razman, bagaimana dengan Dr Budi, lelaki yang memahami dirinya dan dalam diam mencintainya tetapi tidak mahu mengambil kesempatan. So itu korang kenela baca sendiri yer...
Memang novel ni berat, berat lagi kita membaca berat lagi penulis yang menulis. Memang sakit dada ni... aduhh.... tapi yang pasti buat baik dibalas baik, buat jahat akan terima balasan. dah.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan