Selasa, 28 Februari 2012

Novel 31: Pesanan Terakhir Seorang Lelaki



Assalamualaikum kengkawan,

Tidak puas dengan sebuah buku karya NB, aku cer baca lagi sebuah karya beliau.......

Tajuk        : Pesanan Terakhir Seorang Lelaki
Pengarang :   Norhayati Berahim
Terbitan    :  Creative Enterprise Sdn Bhd
Harga       :  RM 22.00
Helaian     :  444 mukasurat

Komen Umum:
Sebuah lagi karya yang bermutu dari NB.... hurm... baca buku ni buat hati aku sangat2 tersangkut... cepat jer aku nak menghabiskan pembacaa. Bayangkan aku dapat habiskan dalam kurang 2 hari.. almaklumlah bukan baca 24 jam.... itu guna masa curi2 ataupun curi2 masa. Yang mana satulah agaknya...

Karya ni simple jer, tapi memang meruntun jiwa wanita aku... masih berkisah tentang kehidupan seorang wanita lagi dan konflik keluarga. So memang berbaloi baca... i tell you..... thumbs up....

Komen Citer :
Citer ni berkisah tentang seorang gadis bernama Atiqa yang very the simple. Hanya bekerja sebagai kerani tetapi tiada siapa yang tahu disebalik kehidupan simplenya dia sebenarnya anak seorang Datuk yang kaya dan berpengaruh. Dia kerap dihina dan dipandang rendah oleh orang2 disekelilingnya.

Datuk Marzuki ayah kepada Atiqa menceraikan mama Atiqa tanpa rela kerana mama Atiqa tidak mahu berkongsi kasih dengan wanita lain yang lebih muda dan glamor... Atiqa sendiri tidak dapat menerima wanita itu sebagai ibu tiri kerana dia ada alasan yang tersendiri lantas dihalau oleh ayahnya walaupun Atiqa adalah satu2 zuriat yang dia ada.

Semasa hidup di dalam buangan, Atiqa bangkit sendiri dan tidak mahu menumpang nama ayahnya. Bersikap low profile dan menarik minat jejaka Nik Arif yang berjawatan tinggi yang pada mulanya tidak berminat dengan Atiqa. Ha... bab ni aku tak berapa nak suka citer la sebab banyak sangat babak2 yang tuuuut.... anak2 tak digalakkan baca.....

So, bagaimana kesudahan citer nii, adakah ayahnya terima kembali Atiqa yang menjadi waris tunggalnya , bagaimana dengan orang2 yang sentiasa menghina Atiqa. Adakah terbalas segala kejahatan mereka.... bagaimana juga dengan Nik Arif yang pada mulanya menunjukkan sikap bosan dengan Atiqa.. terbuka kah hatinya mencintai gadis itu. Apakah pesanan terakhir seorang lelaki itu, Siapa lelaki yang nak sampaikan pesanan tu....So itu korang bacala yer...

Apa yang aku dapat rangkumkan disini, citer ni memang best... tak rugi baca... betullllll....

Bye.............

Ahad, 12 Februari 2012

Novel 30 : Tidak Aku Bersuara



Assalamualaikum kengkawan,

Stop jap dengan novel bebudak sekolah, kita beralih pada novel yang agak dewasa sikit. Hurm........ memang best. Novel yang berkualiti. Ada message yang hendak disampaikan. Sangat2 mengagumkan cara penyampaian novel ini.

 
Tajuk        : Tidak Aku Bersuara
Pengarang :   Norhayati Berahim
Terbitan    :  NB Kara  Sdn Bhd
Harga       :  RM 24.00
Helaian     :  680 mukasurat

Komen Umum:
Bagi sesetengah pembaca, karya NB memang klise dan bahasa yang skema. Tapi pada pandangan aku yang masih baru bergelumbang dengan pembacaan novel ni, karya beliau memang sangat bagus. Thumbs up untuk karya beliau.

Karya yang padat dengan pelbagai maklumat, ada message dan ada ilmu. Karya beliau umpama kuih raya atau biskut raya yang bisa disimpan lama dan sentiasa sedap. Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Berbanding karya novelis muda yang lebih kepada kuih pulang hari. Sedap dibaca tetapi tidak dapat bertahan lama. Perlu dimakan segera dan akan basi menjelang dini hari. Amboi... mcm bagus sangatla aku komen ni... mcm pro...... hehe... jangan marah aaa... hanya pandangan sahaja.

Tapi itulah pandangan ikhlas aku tentang novel ni. Karya yang baik. Difahamkan citer dalam citer ni memang kisah benar dan kalau kita baca pon memang ni adalah senario biasa yang kita baca atau dengar  selalu di dada akhbar atau majalah2.

Gaya penceritaan yang tidak terlalu meleret dan padat dengan ilmu. Hurm.... novel yang berat tapi memuaskan.


Komen Citer :
Citer berkisah tentang Jeslina, seorang wanita yang bekerja diluar negara. Melarikan diri dari tanah air kerana sebab yang hanya dia sahaja yang tahu. Sedari kecil dipelihara oleh neneknya dan disitulah kisah sedihnya bermula. Untuk menyelesaikan masalah diri, dia belajar bersungguh-sungguh dan melanjutkan pelajaran keluar negara dan langsung bekerja disana.


Berkenalan dengan Dr Budi yang dianggap sebagai bapa dan sahabat yang amat memahami masalah dirinya. Dr Budi yang sudah menjangkau usia tetapi masih bujang dan ganteng..... hehe..


Jeslina kembali ketanah air selepas kematian bapanya dan disitu bermula berberapa tragedi yang memaksa dia mengahwini lelaki yang tidak dicintai Razman, walaupun Razman sangat2 mencintai dia.


So dipendekkan citer sebenarnya Jeslina ni ada kisah pahit sewaktu kecil jadi dia fobia kat lelaki . So bila kahwin dia memang2 sangat takut. Yang tahu dan faham hanyalah Dr Budi sahaja. Selepas berberapa kejadian dan dia difitnahkan , dia melarikan diri sekali lagi dan kembali kepada Dr Budi mohon simpati.


Bagaimana kesudahan Jeslina. Terleraikah ikatan perkahwinan dia dengan Razman, bagaimana dengan Dr Budi, lelaki yang memahami dirinya dan dalam diam mencintainya tetapi tidak mahu mengambil kesempatan. So itu korang kenela baca sendiri yer...


Memang novel ni berat, berat lagi kita membaca berat lagi penulis yang menulis. Memang sakit dada ni... aduhh.... tapi yang pasti buat baik dibalas baik, buat jahat akan terima balasan. dah.....

Selasa, 7 Februari 2012

Novel 29 : Goodbye Darling



Assalamualaikum kengkawan,

Buku kedua sambungan cerita Flying Kiss, kisah kali ni korang masih lagi bersekitar di bangku sekolah, kalau dulu sekolah rendah yang ni dah up sikit, sekolah menengah pulak. Oke.... layan yok.....

 
Tajuk        : Goodbye Darling
Pengarang :   Nass Alina Noah
Terbitan    :  Cretive Enterprise Sdn Bhd
Harga       :  RM 23.90
Helaian     :  481 mukasurat

Komen Umum:

Hurm...... Bercerita pasal novel ni, okelah sebagai bacaan ringan.... citer cinta bebudak sekolah. Kisah ni sambungan pada part 1, yang ni part 2.... kalau dulu cinta monyet yang ni monyet tukau jadi gorila la pulak sebab dah besar.... hehe.... untuk melapangkan fikiran novel ni boleh lah dibaca.... tidak terlalu berat dan meruntun perasaan...

Komen Citer :
Citer kali ni sambungan berkisah pasal si Ice yang dah besar sikit, umur 16 tahun lepas PMR... lepas kemalangan yang meragut nyawa Ghazali rakan cinta monyet dia masa berumur 12 tahun, Ice bersekolah di sekolah lain di Shah Alam dan sekelas pulak dengan Jericho, Lavender dan Leo.

Jericho dikatakan lelaki terhensem dan anak jutawan, Leo plak hensam gak tapi badan besau dan kuat makan, Lavender .... hehe... digelar Mr Octopus @ Sotong... i think you all pun taula bila disebut sotong.... maknanya lelaki lembut yang gemar jadi model mak dia...

Kisah kali ni si Ice yang masih menutup pintu hati dia untuk lelaki dan dengan sebab itu dia terpaksa menjadi seorang yang sombong dan tak banyak cakap. Si Jericho macam suka kat dia tapi si Jericho ni pun perasan bagus gak ramai awek suka kat dia.

So, kali ni ketiga-tiga pak we tuu cuba nak memikat si Ice, sapa yang terpilih agaknya... si macho Jericho, Si bounser Leo atau so sotong Lavender.... hurm.... korang bacala yer... to be continue part 3.. tapi part 3 aku lom dapat lagi novelnya... dah order lom sampai. oke kengkawan.... dah.....

Novel 28 : Flying Kiss



Assalamualaikum kengkawan,

Lepas baca buku yang beroriantasikan keagamaan dan teladan, kita beralih kembali kepada citer2 cinta....

Tajuk        : Flying Kiss
Pengarang :   Nass Alina Noah
Terbitan    :  Creative Enterprise Sdn Bhd
Harga       :  RM 23.90
Helaian     :  464 mukasurat

Komen Umum:
Well well well..... buku ni kisah cinta remaja, karangan Nass Alina Noah... cinta bebudak sekolah... so tak la over.... cinta monyet... untuk bebudak sekolah baca okla....

Aku baca pulak bukan sebab nak back to the future tapi lebih kepada nak memahami kehendak remaja sebab aku ada anak remaja... so... aper cer dier........ cerciter cerciter.....

Komen Citer :
Kisah cinta monyet antara Ice anak orang berada dan Ghazali sibudak miskin... macam citer PRamlee , antara dua darjat. Bapak si Ice ni Tengku tak suka kat Ghazali and dia sangat2 mengongkong si Ice ni sementelah si Ice ni cantik sangaaaat...

One day ditakdirkan kemalangan berlaku dan si Ghazali dikhabarkan meninggal dunia dan Ice koma dan hilang ingatan sementara.

Pastu berkenalan dengan Jericho yang mirip Ghazali dan juga dua watak tambahan Leo dan Lavender.... Camana dengan cinta Ice setelah terpandangkan si Jericho ni....

Ha... part tu aku pun tak tau sebab citer ni bersambung, yang aku baca ni buku no 1... kalau tak silap aku ada 5 buah buku semuanya... pergh... masak nak membeli... dalam simpanan aku cuma dapat 3 buah sahaja iaitu siri 1, 2 dan 4... tengah cari buku 3 dan 5.

Korang kalau nak tau kesudahan citer kisah cinta monyet si monyet dua ekor ni... korang tunggula... aku tak leh citer lelebih nanti pengarang atau penerbit buku ni marah aku... kan.... so pegilah cari buku ni... bye....

Novel 27 : Ketika Cinta Berbuah Syurga



Assalamualaikum kengkawan,

Ya... buku ni tak tebal.... sangat-sangat nipis. Tapi boleh ke dinamakan novel sebab isi kandungan dia tak macam novel.... tak per... you all layan dulu....

Tajuk        : Ketika Cinta Berbuah Syurga
Pengarang :   Habiburrahman El Shirazy
Terbitan    :  Ar Risalah Product Sdn Bhd
Harga       :  RM 11.90
Helaian     :  149 mukasurat

Komen Umum:
Oke.... buku ni bukanlah novel sebenarnya tapi nak kata buku citer pon susah gak sebab di dalam buku ni banyak story2 yang pendek2. Rasanya lebih sesuay kalau dipanggil cerpen...

Anyway dalam buku ni bukanlah buku kisah percintaan ker... kisah rumahtangga ker... tajuk jer cinta2 tapi sebenarnya lebih kepada kisah dan teladan . Kisah2 yang diceritakan adalah kisah benar zaman rasulullah dahulu. Lebih kurang buku agamala.

Tapi tak rugi baca kengkawan, terdapat lebih kurang 29 buah kisah kecil yang diceritakan didalam buku ini yang boleh kita contohi dan teladani. So , you all boleh layan la... bukan mahal sangat pon , beli untuk anak2 pon oke gak....


Komen Citer :
Salah satu citer yang terdapat di dalam buku ni adalah seperti tajuk dia "ketika cinta berbuah syurga" so i citer yang tu jerlah yer... dari 29 buah story so i pick one....

Kisah Ketika cinta berbuah syurga ni adalah berkisar kisah Syed yagn gemar mendengar cerita ayah dia (tak berapa nak ingat nama ayah dia sebab story banyak sangat dalam buku ni), so satu hari si ayah terfikir sudah sampai masanya si Syed ini mempunyai sahabat yang baik yang boleh membawa dia ke syurga.

So, one day dia ckpla kat Syed ni untuk cari kawan dan dia bagi clue camana nak pilih kawan yang boleh bersama di dalam waktu suka dan duka. Caranya dengan menjemput kawan dia makan sarapan bersama... opps terlupa si Syed ni anak raya tau.... so masa ajak kawan2 tu cuma bagi makan 3 biji telor rebos dan juga air kosong....

Ha..... kesudahan citer ni... tak leh la i nak kongsi.... you all kenela cari buku ni... atau caling2 nanti i citer kat luar pilem.... so dapat tak dia temui sahabat suka dan duka tuu.... apa releven dengan 3 biji telor rebus dan air kosong tuu.... hurm.... (berfikir)... ha! lu pikir la sendiri..... bye...