Tajuk : Cinta Kembali Bertasbih
Pengarang : A.Ubaidillah Alias
Terbitan : PTS Litera
Harga : Sem. Malaysia : RM 25.50
Helaian : 727 mukasurat

Rahman yang begitu protektif terhadap adiknya, sangat ditakuti kerana sanggup memukul sesiapa yang mengganggu adiknya. Meminati gadis jelita bernama Rasima yang menjadi gilaan ramai rakan-rakan disekolah. Akibat difitnah oleh kawan baiknya Safuan, Rahman tersedar dan berubah menjadi anak yang rajin belajar dan bercita-cita untuk melanjutkan pelajarannya di Timur Tengah di dalam bidang agama. Akhirnya dia berjaya melanjutkan pelajarannya dan mendapat bantuan dari seorang yang tidak dikenali.
Berkenalan dengan seorang Datuk yang baik yang mempunyai anak perempuan bernama Wawa yang menuntut di Korea, bermula dari situ pelbagai peristiwa berlaku sekembalinya dia dari Mesir. Kisah lamanya di sekolah timbul kembali dan juga kisah baru antara dirinya dan Wawa.
Bagaimanakah kesudahan Rahman, dapatkah dia membersihkan fitnah terhadap dirinya dan kembali kepada gadis idamannya dan bagaimana dengan Wawa. Sooo...... it"s up to you all untuk mendapatkan novel ini. Baca novel ini macam baca 2 dalam 1 kerana selain ada kisah cinta ada gak pengajaran dan ceramah agama. Hehe.... ilmiah sangaaat....
Ok, kawan-kawan.... jangan tertidor semasa membaca dah sudah.... hahaha.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan