Sabtu, 16 Jun 2012

Novel 50 : Cinta Sufi

Assalamualaikum,

Selepas cinta agama kita kembali ke sambungan buku laksamana sunan . Buku yang ke empat , layan yok..

Tajuk    :  Cinta Sufi
Karya   :  Ramlee Awang Mursyid
Terbitan : Alaf 21
Harga  : RM 19.90
Helaian : 499 ms


Ulasan Novel :

Kisah pengembaraan Laksamana Sunan bersambung, selepas kembali dari kurun ke 21 ke kurun ke 15 semula, die kehilangan kudrat.... masa tu Melaka telah dilanggar todak.... ehhhhh bukan... langgar dengan portugis..... yang kene langgar todak tu singapura.... aperlah bute sejarah betul....

So.... masa ni muncul watak heroin baru nama die Catalina, warga portugal... datang ke tanah melayu mencari mariam. So yang bole bawa die jumpa mariam ni hanya si Sunan. Cam biasala gaduh2, majik2 pastu banyak citer yang terkadang diluar batas kemampuan kite berfikir.

Akhirnya..... carila jawapan dengan membaca buku ni.... aku tak nak share semua story...

Ulasan Umum

Masih best seperti novel2 yang terdahulu. Buku ni buku ke 4, yang ke 5 kisah Sutera Bidadari, dan yang terbaru sekali betajuk Sunan Musafir. So aku masih berbaki 2 buah buku lagi untuk dihabiskan... sabau yer...

Novel 49 : Mengintai Cinta Khalifah

Assalamualaikum ......

Jom layan semula novel islamik karya A Ubaidillah....

Tajuk    :  Mengintai Cinta Khalifah
Karya   :  A Ubaidillah Alias
Terbitan :  PTS Litera Utama SB
Harga   :  RM 17.00
Helaian : 384 ms

Ulasan Novel :

Novel ini bemula kisah Imran yang bersekolah agama lelaki berkenalan dengan Laila dari Sekolah biasa. So bercintala monyet dorang ni... takdir menentukan mereka berpisah kerana Imran melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang agama... jadik ustaz gitu....

Hubungan mereka terputus tapi Ikram meminta Laila menunggunya untuk menyambung hubungan tetapi takdir menentukan mereka berpisah kali kedua. Kenape yer... ape sebab . Korang carilah sendiri... maksudnya bacala buku ni sendiri.... hahaha

Ulasan Umum

Karya islamik yang baik. Ada babak saspen dan sedey jugak... tapi one thing for sure... memang menghiburkan...

Novel 48 : Dihujung Ranting

As salam semua......

kali ni kite baca lak kisah cinta moden, buku ni sebenarna direkomenkan oleh member aku... die promo habis suroh aku baca.... best giler.... citer sedey..... pastu pasrah2 gituuuuu... sampai die siap pinjamkan novel ni pada aku utk aku baca sebab novel ni masa tu masih belum ada dalam koleksi aku... hmmm.... layan yok....

Tajuk    :  Dihujung Ranting
Karya   :  Indah Hairani
Terbitan : Buku Prima
Harga   : RM 19.90
Helaian : 567 ms

Ulasan Novel :

Kisah bermula dengan sigadis yang very de humble nama die Mawardah, orang Ganu. Lemah lembut dan menawan..... berkenalan dengan seorang mamat nama dia Amar selepas satu kemalangan jalanraya. So berkawan2 le dorang ni....

Tah macam mana si Amar ni lambat nau approch si Mawardah ni, die dah kene kebas dengan orang. Dikahwin kan dengan mamat Hakim yang baru bercerai dengan bini dier. Atas aturan kuarge. Sebagai anak yang mendengar kata, Mawardah akur.... ikut jerllaa...

Nak dijadikan citer, si Hakim ni dan si Amar ni adik beradik la pulak.... haru bertul.... tapi citer ni memang sedeyla... si Mawardah ni asyik makan hati jer..... sebab die jenis tak pandai melawan.... ikuuuuuutttt jer..... hish..... not my type la...... pompuan ni kekadang kene vokal sikit menegakkan hak sendiri.... kalau asyik kene buli jer dah jadi macam citer sinetron indonesia pulak... asyik kene kutuk dan naya kat orang jahat. Die berserahhhhhh jer....

Seb baik aku boleh kontrol hensem.... bile tibe bab2 nak nangis gitu aku stop baca..... hahaha... kalau idak memang kompom kain batik aku lencun..... citer ni ada sambungan die. yang aku baca ni buku 1... so kene cari buku 2 ni..

Apa kesudahan Mawardah ni.... korang baca yer....

Ulasan Umum
Sebuah novel yang baik. Karya yang bagus dan meruntun perasaan. Cerita yang mudah tetapi penuh saspen... ala cam sinetron indonesia kan... memang ada babak yang saspen gitu... owait cari yer de sekon novel... dihujung ranting 2...

Novel 47 : Bukan Yang Pertama

As salam semua kengawan,

kembali lagi dengan novel islamik , kali ni karya penulis wanita pula. Sebelum ni novel islamik karya penulis lelaki. Cer cuba penulis wanita pulak.... layan yok...

Tajuk   :  Bukan Yang Pertama
Karya  :  Salina Ibrahim
Terbitan :  PTS
Harga   : RM 34.00
Helaian :  782 ms

Ulasan Novel :

Kisah bermula dengan kecekalan dan ketabahan seorang gadis bernama Yasmin Zulaikha yang berhati waja. Walaupun memiliki segulong ijazah dalam bidang perundangan die gagal memperolehi pekerjaan yang sesuai.

Kembali ke kampung halaman dan memulaka karier dengan kerja kampung tetapi berjaya juga akhirnya walaupun dengan jerih payah. Pelbagai dugaan berhubung keluarga dan orang kampung. Camana kesudahan Yasmin...

Ulasan Umum

Karya yang sangat baik oleh penulis SI ni... bahasa die... memang kelassssss.... aku suke sangat... so bombastik.... puitis.....  bagi orang pandai menilai seni pasti tertawan dengan gaya bahasanya. Cuma novel ni tebal sangat... bagi orang yang tak sabar... memang cepat bosan... tapi tidk bagi aku... hahah tapi aku amik masa gak la baca sebab bab2 yang akhir tu nampak berulang2 citer seolah2 die drag de story supaya nampak panjang walhal die boleh ringkaskan sahaja. gud novel....

Novel 46 : Sesegar Nailofar

Assalamualaikum kawan2 semua,

Selepas kisah mistik, kisah cinta berat dan kisah cinta ringan, kita ke kisah cinta agama lak.... haha sebuah lagi karya Zaid Akhtar yang terbaru dalam koleksiku... jom layan,.....

Tajuk    :  Sesegar Nailofar
Karya    :  Zaid Akhtar
Terbitan  :  Kumpulan Utusan
Harga    :  RM 16.00
Helaian  :  210 ms

Ulasan Novel :

Novel ni sebuah novel lama, cetakan pertama tahun 2001. Tak taulah masih ada tak di kedai buku lagi. Buku ni aku order online...

Kisah bermula dengan Iqbal yang menuntut di Jordon, pelbagai dugaan ditempuhi bagi menggenggam segulong ijazah. Uztaz Iqbal ni diminati oleh seseorang yang die sendiri pun tak tau, cuma dinamakan Nailofar iaitu nama sejenis bunga.

Apakah perjuangan Iqbal ni dan bagaimana kesudahan citer dan kisah cinta nya dgn Nailofar. Kesampaian atau tidak... cecubala cari. Novel ni oke laa... best jugak. nipis jer...

Ulasan Umum

Seperti yang aku kata kat atas, novel ni novel lama, tapi masih segar seperti tajuk die sesegar nailofar. Banyak pengajaran yang boleh diambil... cari yer....

Novel 45 : Andai Semalam Ku Miliki

Assalamualaikum kawan2,

so kita kembali melayan novel skema karya NB,  my pebret nobelis.... hahahah

Tajuk    :  Andai Semalam Ku miliki
Karya   : Norhayati Berahim
Terbitan : NB Kara
Harga  :  RM 21.50
Helaian :  562 ms


Ulasan Novel

Andai semalam kumiliki, berkisar kehidupan Wardah yang amat sederhana, bekerja kuat dan menetap di Turki bersama sahabat baiknya. Berkenalan dengan Zafrie secara tidak sengaja dan jatuh lerr... korang tau kannn.... so berjanjilah nak kawin2 gitu . Masa tu Zafrie dah balik Malaysia la... cinta jarak jauh.

So , takdir mengubah segala bila Zafri dikahwin atau terpaksa kahwin dengan Zainab sepupunya atau sesuatu alasan yang memang sukar nak difikirkan kelogikannnya..... so.... apa kesudahan si Wardah ni...

Ulasan Umum

Sebuah kisah kehidupan, banyak pengajaran yang boleh diambil. Kali ni tak berapa berat sangat. Kira oke la.... cari yer kawan2....

Novel 44 : Hijab Sang Pencinta

Assalamualaikum  semua.....

Selepas bersantai dengan novel ringan kita kembali semula ke abad atau kurun ke 15, zaman hang tuah dan zaman laksamana Sunan.Kembali semula dengan novel ke 3 seleps Bagaikan PUteri, Cinta Sang Ratu. Jom layan.....

Tajuk     :  Hijab Sang Pencinta
Karya    :  Ramlee Awang Mursyid
Terbitan :  Alaf 21
Harga    : RM 19.90
Helaian  :  503 ms


Ulasan Novel
Haa... kalau korang dah baca novel Cinta Sang Ratu tentu taukan kesudahan citer tuu, Sang Ratu atau Ratna telah meninggal dunia semasa cuba diselamatkan oleh Saifudin... soo si Saifudin ni memang sedeyla sangat, dia pon kembali semula ke Tanah Rencong atau Acheh.

Sekembalinya di Acheh dia teringatkan kampung halaman die dan juga famili die... so die amik keputusan nak balik semula ke tanah melayu. Balik ke Tanah Melayu die diburu semula kerana dulu masa dalam buku yang pertama kan die telah dijatuhkan hukuman mati oleh Sultan Melaka. Ha... die pon larilah ke hutan semula. Bukan sebab takut tapi malas nak layan....

So seperti citer Ashabul Khafi, die tertidur dan die telah kembali ke masa hadapan, kurun ke 21 . Pergh... back to the future gitu. Kembali ke zaman Haryani, gadis yang die pernah ada perasaan dulu..

So dipendekkan citer, die hampir2 kahwin dengan Haryani ni tapi sesuatu berlaku menyebabkan....... die kembali ke zaman lampau semula.... ape cer die.... korang carilah buku ni yer...

Komen Novel

Secara dasarnya, masih menghiburkan. Bagi yang mengikuti tentu tertunggu kesudahan citer Sunan ni. Watak Sunan ni yang very de humble dan kuat beragama memang menyenangkan sesiapa sahaja. Watak ciptaan penulis yang nampak seorang lelaki yang terlalu sempurna... gagah perkasa dan hero yang menjadi idaman... gitu......

So, seperti novel2 yang sebelum ni, masih lagi saspen2, sedey2, magik2.... hahah... tapi sarat dengan pengajaran dan ilmu. So korang bacalah yer.... dahhh

Novel 43 : Grrr.... Geramnya

As salam semua,

Stop jap dengan citer mistik, citer agama... kita ke novel yang moden skit.... tukar angin... jom layan....

Tajuk     :  Grrr.... Geramnya
Karya    :  Feeza
Terbitan :  Jemari Seni Sdn Bhd
Harga    : RM 21.00
Helaian  :  527 ms


Ulasan Novel :

Mengisahkan si Shila atau Ila yang baru abis belajar dan keje.. die ni dari awal2 penceritaannya seorang yang berperewatakan penggeram orangnya. Perasan bagus dan suka marah2.

Takdir ALLAH tiba bila die terpasksa berhenti kerja 24 jam atas kesilapan dan keigoan sendiri. So bemulalah cabaran2 kepada kehidupannya.

Akhirnya die tersedar dan kembali kepangkal jalan .

Ulasan Umum

Pada dasarnya sebuah novel yang ringan tapi ada unsur pengajaran. Memula aku grrr jugak kat die... tapi akhir selepas tau de jalan of the story... baru le paham... kira oke lah....

Novel 42 : Cinta Sang Ratu

Assalamualaikum Kengkawan,

Kembali dengan sambungan citer Laksamana Sunan @ Saifudin karya Ramlee Awang Mursyid di dalam Bagaikan PUteri, kali ni siri kedua iaitu :

Tajuk    : Cinta Sang Ratu
Pengarang : Ramlee Awang Mursyid
Terbitan   : Alaf 21
Harga    : RM 19.90
Helaian  :  554 ms


Ulasan Umum :

Secara dasarnya, masih lagi kisah mistik atau misteri nusantara. Penuh aksi dan babak yang mencemaskan dan mendebarkan... saspen thriller.... kalau kite tengok wayang gitu macam duduk ponggong tak jejak lantai.... sentiasa saspen.... tangan pulak kejap2 tutup mata.... hehehe.... (mcm biasa jer buat camtu....) hehehehe.

Banyak sangat magik2 sampai nampak macam tak berapa nak real... tapi yang aku suka ialah dia banyak gunakan pendekatan rohani dan keagamaan untuk melawan semua sihir dan mistik tersebut. Tuu yang aku saspek tuu.... oppss... respek laa.....

Ulasan Novel :
Hmmm.... sambungan kepada siri Bagaikan Puteri, selepas Saifudin terpaksa membunuh Haryani yang telah terjangkit penyakit Nyi Burga Kelara iaitu penyakit pontianak. Sultan Melaka murka sebab die syok kat Haryani nii. Jadi dia minta Hang Tuah bunuh Saifudin.

So Hang Tuah yang terkenal dengan taat tak bertempat terpaksa membunuh Saifudin atau Sunan. Tapi tak lah bunuh betul2. Jadi Sunan balik semula ke Acheh atau melarikan diri ke Acheh. Pastu baru die jumpa dengan Sang Ratu yang datang dari Pulau Utara, anak angkat Maharani yang datang ke Acheh untuk menakluk tanah rencong tuu....

So, Sunan pon lawan2 la dengan Sang Puteri ni... tah macam mana Puteri ni yang pandai dengan ilmu sihir telah tertewas dengan Sunan dan akhirnya dia pon kahwin dengan Sunan. Maharani murka lalu menculik Sang Ratu dan bawa balik ke PUlau Utara.

Soo... SUnan pon sedehla sebab bini dah kene bawak lari.... cari la kembali wife die sampai kat Pulau Utara.... Haha..... kat sini banyak sangat citer majik2......... kelakar pon ade.... macam citer mat salleh buat citer majik2.... tapi masih syok gak baca. Walaupun banyak yang tak berapa nak logik.

Ala biasala... karya yang banyak imaginasi dan halusinasi pengkarya.... so apakah kesudahannya si Sunan ni... dapat tak die balik wife die.... tu kau carilah..... kat kedai buku banyak....

Ahad, 3 Jun 2012

Novel 41 : Cinta Jangankau Pergi

Assalamualaikum semua kengkawan....

selepas novel islamik kita ke novel moden kontemporeri pulak... aduhhh... dah macam hiasan dalaman la pulak yerk.... maksud kite... novel yang be ser2..... sebuah lagi novel karya NB....

Tajuk : Cinta Jangan Kau Pergi
Pengarang : Norhayati Berahim
Terbitan : NB Kara
Harga : RM 20.90
Helaian : 500 ms.

Ulasan Buku
Kisah seorang gadis Zulfa. Zulfa ni berperawatakan tomboy... tetapi hati pompuan... anak orang kaya , belajar luar negeri kat ostorlia.... Zulfa ni sedeh sebab die ade minat kat sorang mamat ni yang sama2 menuntut di ostorlia... mamat ni orang susah so dia baik dengan mamat ni la... tanggung memacam sebab orang hati dah suka....

Tanpa diketahui sebenarnya mamat ni yang namanya Qosim bukanlah baik sangat. Dia seorang opportunist.... mengambil kesempatan keatas kelemahan orang. Dia mempergunakan Zulfa untuk kepentingan diri sendiri. Kat belakang Zulfa die kutuk memacam kawan tu. Kat depan die bagi harapan... so akhirnya hubungan mereka terputus kerana penghinaan dan fitnah oleh Qosim pada Zulfa sampai ke pengetahuan Zulfa.

Kembali ke Malaysia tanah air ku... dorang semua kerja la... Zulfa kerja di Cameron Highland... Qosim ni engineer kerja di KL... Qosim mcm biasala ... naik pangkat cepat sebab dia pandai mengampu dan menonjolkan diri die....

Sorang lagi mamat nama die Dr Sufian pulak gile keje sampai abaikan bini dan anak2 dia. Takdir menentukan kesemua mereka meninggal dan Dr Sufian putus harapan. Berkenalan dengan Zulfa dan dia kembali pulih.

Rupa-rupanya si Dr Sufian dan Qosim ni adik beradik. Ha.....si Qosim ni pulak tak macam mana bila balik Malaysia dia terjumpa semula dengan Zulfa. Dulu si Zulfa ni kan tomboy tapi bila dah balik Malaysia dia dah jadik pompuan balik. Pastu kaya pulak. Ada rakan karib bernama Park Kuen....

Ha... camana kesudahannya yer.... siapa yang dia pilih..... Dr Sufian atau Qosim atau Park Kuen..... hurm.... cinta jangan kau pergi....

Ulasan Umum
Cerita menarik.... ada sedeh.... ada lucu... ada buat baik balas baik... buat jahat balas jahat.... hahaha.... so overall.... memang best..... jom carik yer novel ni.....

Dahhhhh.......